5 Fakta Menarik Tentang Tommy Page
Syafiqah Jalal
06/03/2017 05:05 MYT
06/03/2017 05:05 MYT
Siapa Tommy Page? Mungkin tidak ramai yang tahu sehingga berita kematiannya membunuh diri pada 3 Mac lalu dilaporkan oleh media antarabangsa. Tommy pada usia 46 tahun ditemui meninggal dunia di kediamannya di New York, Amerika Syarikat.
Malah, laporan daripada sumber terdekatnya mendapati Tommy meninggal dunia dengan cara menggantung diri namun hal itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.
"Ini adalah satu berita yang mengejutkan semua pihak kerana dia dikenali sebagai seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan ada perkara yang tidak kena dengan hidupnya," kata sumber itu.
Bagi yang tidak mengenali penyanyi pop itu, kami kongsikan sedikit fakta menarik mengenai Tommy Page.
1) Lagu popularnya I'll Be Your Everything
Lagu itu ditulis Tommy sendiri bersama anggota band New Kids on the Block, Jordan Knight dan Danny Wood. Keunggulan lagu
itu telah berjaya menduduki carta nombor satu Billboard Hot 100 pada tahun 1990 dan kekal dalam carta selama 13 minggu.
Wow!
Antara lagu lainnya yang popular ialah A Shoulder To Cry On, Turning Me On dan I Think I’m In Love.
2) Pernah bekerja sebagai budak suruhan
Ketika berusia 16 tahun, Tommy pernah menjadi budak suruhan di sebuah bar di New York. Menariknya bar itu sering dikunjungi
artis terkenal seperti Whitney Houston, Beastie Boys dan Rob Lowe.
3) Cipta lagu usia muda
Demo tape yang dihasilkannya telah berjaya menarik perhatian pemilik syarikat rakaman Sire Records, Seymor Stein yang pernah menaikkan nama Madonna dan The Ramones.
Sepanjang kerjayanya, Tommy telah merakamkan sembilan album studio.
4) Pernah berduet dengan Amy Mastura
Usaha untuk menembusi pasaran Asia berkesan selepas menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman dari Jepun, Pony
Canyon Records pada tahun 1995. Tommy pada masa sama telah melancarkan album kompilasi Greatest Hits: Dedicated to you.
Setahun kemudian album Loving You dikeluarkan dan mengandungi sebuah lagu duet bersama Amy Mastura berjudul The Best Part.
Kali terakhir mereka berduet pada konsert Retrofest Asia 2015 di Sunway Surf Beach, Kuala Lumpur.
5) Melakar kerjaya Michael Bublé, Alanis Morissette, Josh Groban
Pada tahun 2011, selaku Pengarah Eksekutif di Warner Bros. Records, Tommy berjaya menaikkan nama penyanyi popular kini seperti Michael Bublé, Alanis Morissette, Josh Groban dan Green Day.