,
Gaya Hidup

5 Filem Animasi Tempatan & Antarabangsa Dengan Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman Di Malaysia, No.1 Paling Bangga!

Hanafis Haris
03/09/2019
10:36 MYT
Selain filem 'live action' yang membanjiri pawagam seluruh dunia, pasaran untuk filem animasi juga sebenarnya amat besar.
Bukan sekadar memberikan fokus kepada kanak-kanak, filem animasi masa kini dlihat turut menumpukan golongan dewasa sebagai 'target audience' mereka.
Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila terdapat beberapa filem animasi berkualiti dihasilkan sejak kebelakangan ini.
Lebih membanggakan, sesetengah kutipan filem animasi tempatan ini telah mendahului jumlah diperoleh filem antarabangsa. Hebat bukan?
Pada yang tidak tahu, ini lima filem animasi dengan kutipan pecah panggung di Malaysia.

#5 How to Train Your Dragon the Hidden World

Filem sekuel ketiga How to Train Your Dragon ini ditayangkan pada awal tahun 2019 sekitar Januari lalu.
How to Train Your Dragon the Hidden World disifatkan sebagai filem penutup bagi francais ini.
Jumlah Kutipan: RM20 Juta

#4 Big Hero 6

Masih ingat watak Baymax? Yup watak tersebut antara kekuatan utama bagi filem Big Hero 6.
Dikeluarkan pada 2014, filem ini diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios .
Jumlah Kutipan: RM20.9 Juta

#3 Incredibles 2

Incredibles antara filem animasi berbentuk superhero yang popular, baik di luar negara mahupun Malaysia.
Incredibles 2 dikeluarkan pada 2018 dan diterbitkan oleh Walt Disney dan Pixar Animation Studios.
Jumlah Kutipan: RM21.1 Juta

#2 Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Filem ketiga Upin Ipin ini antara filem animasi tempatan yang tersenarai.
Upin Ipin Keris Siamang Tunggal mengisarkan tentang pengembaraan Upin Ipin dan rakan-rakannya ke sebuah negara digelar sebagai Inderaloka.
Jumlah Kutipan: RM26.7Juta

#1 BoBoiBoy Movie 2 (JUARA)

Filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi buat industri perfileman animasi di Malaysia.
Bayangkan baru sehari ditayang, BBBM2 telah meraih kutipan sebanyak RM1.18 juta.
Malah dalam tempoh 26 hari saja, BBBM2 berjaya mengutip sebanyak RM27.7 juta.
Penggunaan grafik terbaru, jalan cerita yang matang, lawak dan komedi tanpa henti serta 'vibe' supehero yang sangat kuat menjadikan filem ini mendapat pujian ramai.
Tidak keterlaluan untuk Gempak menyifatkan BBBM2 sebagai filem animasi terbaik ketika ini.
Selain itu, untuk senarai keseluruhan filem Malaysia 2019 juga BBBM2 turut berada di kedudukan pertama.
Upin Ipin KST khabarnya kutipan akhir 26 juta+ (tapi website Finas belum update)
Sangkar akan masuk senarai. Nombor berapa, tunggu... pic.twitter.com/t839JlR5Jt— FILEMKITA (@FilemKita) September 3, 2019
Jumlah Kutipan: RM27.7 Juta (Masih ditayangkan)
BACA: Pecah Rekod! Filem Boboiboy Movie 2 Jadi Filem Animasi Terlaris No.1 Malaysia
Bagi anda yang masih belum tonton BBBM2, jangan lepaskan peluang tonton filem animasi terhebat tahun ini! Rugi kalau terlepas!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Boboiboy Berterima Kasih Nabil Zamanhuri Pernah Pinjamkan Suara

gempak
26/05/2024
09:50 MYT
Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi, BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi, Nabil Zafril Zamanhuri pada pagi Ahad.
Laman Utama

BoBoiBoy Raih 3.5 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

gempak
06/12/2023
05:25 MYT
Wow! Tahniah BoBoiBoy
Laman Utama

Mechamato Mendunia! Setelah ke Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Lain-Lain, Kini Siri Mechamato Tiba Di Portugal!

gempak
29/07/2022
10:30 MYT
Wow Mechamato kini tiba di Portugal
Laman Utama

Penantian Berakhir! Siri Animasi Mechamato Bakal Ditayangkan Bermula 6 Disember, Lagu Tema Pun Onz!

gempak
24/09/2021
08:15 MYT
Tak sabar la nak layan Mechamato The Animated Series
Laman Utama

Terbaik! Hannah Delisha Nyanyi Lagu Papa Pipi, Aneka Baju Raya & Kemunculan Perdana Ibu BoBoiBoy

gempak
07/05/2021
12:15 MYT
Siap ada iklan raya berjudul Memori Eidulfitri