Ada satu hal yang ‘menarik’ tentang sudut pandang di sebalik penjara. Bagi kebanyakan peminat filem, naskhah dengan plot dalam penjara adalah satu-satunya pengalaman tontonan yang memberi nuansa berbeza.

Justeru tidak mustahil, jika lima filem yang melibatkan plot berkenaan penjara mendapat perhatian ramai. Jom semak filem-filem tentang penjara yang boleh saksikan jika anda meminati filem-filem bertemakan penjara!

Mantra (2010)
Filem Azhari Zain ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam yang tercetus akibat dendam dan rasa penting diri. Muzir, lakonan Zul Handy Black telah dianiaya oleh rakannya, Hasbi (Hasnul Rahmat) yang mahu melengkapkan ilmu hitam. Disebabkan hal itu, Muzir dipenjara seumur. Konflik bermula apabila Muzir diperturunkan ilmu hitam oleh seorang lelaki bernama Embah yang bakal menemui ajal.

Dukun (2018)
Dukun merupakan filem thriller seram lakonan Datin Paduka Umie Aida. Setelah pengamal ilmu hitam iaitu Diana Dahlan (Umie Aida) didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang ahli politik, dia dimasukkan ke penjara sementara menunggu hukuman mati yang dikenakan terhadapnya. Ketika berada dalam penjara, pelbagai kisah mistik berlaku dan akhirnya membawa pengakhiran kepada hayat dukun itu.

Law Abiding Citizen (2009)
Diarahkan oleh F. Gary Gray, Law Abiding Citizen berkisar tentang seorang lelaki, Clyde Alexander Shelton (Gerard Butler) yang sengaja melakukan jenayah untuk memasuki penjara bagi membalas dendam terhadap kematian anak dan isterinya suatu ketika dahulu. Filem ini turut dilakonkan oleh Jamie Foxx.

Double Jeopardy (1999)
Diperangkap atas kesalahan pembunuhan suaminya, Libby Parsons (Ashley Judd) bertahan selama bertahun-tahun dalam penjara dengan dua keinginan yang membara - mencari anaknya dan menyelesaikan misteri yang memusnahkan kehidupannya yang dahulunya bahagia.

Abang Long Fadil 3 (8 September 2022)
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil (Zizan Razak) yang baru dilepaskan daripada hukuman penjara kembali dengan misi terbaharu lebih berprofil tinggi. Menerusi filem ini, Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. Nantikan filem yang bakal mengulangi fenomena pecah panggung, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.