Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"5 Hari Dalam ICU, Operate Buang Air Bertakung Kat Jantung" - Amyza Aznan Kongsi Mesej Arwah Maya Matahari, Jaga Rahsia Sakit

ZULHILMI JALIL 18/03/2020 | 23:15 MYT
Pelakon Amyza Aznan mendedahkan bahawa selama ini dia sebenarnya sudah mengetahui keadaan kesihatan sahabatnya, penyanyi Maya yang menghidap kanser, namun merahsiakan hal tersebut seperti yang sudah diamanahkan kepadanya.
Bahkan, menurut Amyza, pelantun lagu hit Matahari itu juga sebenarnya sudah bertarung dengan sakitnya sewaktu menyertai program Gegar Vaganza pada 2018.
"Ya Ayalija (panggilan Maya), masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan, tapi hari ini (semalam), Aya dah tak sakit lagi kan.
"Aku tunaikan amanah aku pada kau, rahsiakan sakit kau, tapi hari ini (semalam) tolong bagi aku jumpa kau," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.
Menerusi entri tersebut, Amyza turut berkongsi rakaman persembahan arwah ketika menyanyikan lagu Hilang Segalanya ketika konsert minggu kedua Gegar Vaganza.

Ye ayalija..masa ni sapa pin x tau aya sakit kan. . Tapi harini aya dah tak sakit lagi kan... aku tunaikan amanah aku pd kau..rahsiakan sakit kau. Tapi harini pls bg aku jumpa kau..

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Pada masa sama, Amyza turut berkongsi paparan perbualan mesej yang diterima daripada Maya yang memaklumkan keadaan dirinya pada November lalu.
"Mija (panggilan Amyza), aku baru keluar hospital Rabu lepas. Lima hari dalam ICU (Unit Rawatan Rapi) pembedahan buang air bertakung di jantung dan paru-paru aku," tulis Maya menerusi kiriman WhatsApp kepadanya.
Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita sedih atas pemergian penyanyi Maya atau nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44, akibat sakit kanser.
BACA: Maya Matahari Meninggal Dunia
Maya dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang semalam di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor.
Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, namun berpisah pada 17 Ogos 2015.
#Maya Matahari #Kanser #Amyza Aznan
;