5 Iklan Raya Terbaik Pilihan Gempak!

Kamaruddin Razal
Jun 12, 2018 10:41 MYT
Kehangatan sambutan Aidilfitri semakin dirasakan. Begitu juga dengan iklan Raya yang menjadi sebutan netizen.
Pelbagai syarikat berlumba mengeluarkan iklan bersempena sambutan Syawal dan ada iklan yang berjaya menarik minat penonton.
Pelbagai iklan yang terhidang menjentik perasaan orang ramai, sama ada ia melucukan atau menyedihkan.
Kami senaraikan lima iklan Raya pilihan Gempak:
1) Gaya Raya Paling Ori - Astro
Menghiburkan! Iklan Raya ini mengisahkan mengenai Wak Nik yang berada dalam dilema untuk memilih busana Syawal.
2) Dalam Hati Opah - Habib Jewels
Iklan Raya ini pastinya menyentuh hati. Mengisahkan mengenai pengorbanan seorang nenek dalam membesarkan cucunya.
3) Rumah Epik Fantastik - TNB
Melucukan! Iklan ini mengisahkan mengenai seorang remaja yang tinggal di rumah kampung. Remaja lelaki itu stres menjelang Raya kerana terdapat 10 keluarga pulang bersama-sama!
4) Janji Amin - DBKL
Sedihnya! Janji Amin yang menampilkan lakonan Khatijah Tan dan Syafie Naswip meruntun hati penonton. Mengisahkan mengenai seorang anak yang tak dapat pulang berhari Raya kerana kekangan kerja.
5) Bisik Hati Mak - Telekung Siti Khadijah
Meruntun jiwa! Kisah antara ibu dan menantu mualaf ini pasti mengundang air mata mereka yang menontonnya.
Teks: Kamaruddin Razal
#Iklan Raya