Laman Utama

5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"

Amri Hassan
18/05/2022
09:50 MYT
Pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri akui trauma berdepan kontroversi muzik video raya yang dilancarkan sekitar Ramadan lalu.
Enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), akui Aliff, isu terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.
"Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku.
"Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video.
"Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih lagi dalam siasatan dan saya tidak mahu berikan apa-apa kenyataan sebab risau andai tersalah cakap," ujarnya.
Bintang filem Badang itu turut memohon maaf dan beranggapan naskhah berkenaan dilancarkan sebagai sajian hiburan semata-mata.
"Bagi saya, mereka buat siasatan kerana mereka terima aduan yang terlalu banyak. Daripada pihak saya, saya mohon maaf kepada semua pihak yang tidak senang dengan lagu atau muzik video berkenaan.
"Niat saya hanya untuk menghiburkan anda sahaja," katanya ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Wilayah Persekutuan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Aliff pada masa sama akui tidak pernah menjangka lagu raya berkenaan mendapat perhatian ramai pihak hingga mencetuskan isu yang besar.
"Saya tak jangka boleh sampai ke tahap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius.
"Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan Insya-Allah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa," tambahnya.
Terdahulu, video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang dikatakan kurang sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.