Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

5 Juadah Wajib Beli Di Bazaar Ramadan Stadium Darul Aman

Syafiqah Jalal
05/06/2017 09:03 MYT
Bazaar Ramadan Stadium Darul Aman antara bazaar terbesar di sekitar Alor Setar, Kedah.

Menariknya, terdapat beratus bazaar makanan,minuman tempatan dan barat telah dijual di sana.

Terlalu banyak pilihan makanan di bazaar Ramadan biasanya akan membuatkan kita buntu untuk memikirkan apa yang mahu dibeli atau makan untuk juadah berbuka puasa


Di sini, Astro Gempak kongsikan lima juadah atau makanan yang menarik dan wajib anda beli jika ke sana:



1. Teh Bunga Madu Lebah

Teh Bunga mungkin biasa anda dengar, tetapi pernah tak anda lihat situasi di mana air Teh Bunga yang dicampur madu dihurung lebah? Jangan terkejut bila anda ke gerai ini kerana ia dipenuhi lebah yang menghinggap tong air Teh Bunga Madu ini. Madu asli yang digunakan telah memberi tarikan kepada lebah untuk datang. Kalau anda ingin merasai keenakan Teh Bunga ini boleh ke gerai Teh Bungan Beratur yang terletak di hujung bazaar itu.

2. Shell Out

Satu lagi juadah yang agak' rare' di jual di bazaar ini adalah makanan laut yang popular di panggil 'Shell Out'. Disini anda akan ada beberapa gerai yang menjual makanan laut seperti ketam, lala, udang galah, kerang bakar bercili. Peniaga akan membakarnya panas-panas di kuali leper di gerai mereka. Pengunjung boleh membawa pulang dan menikmatinya di rumah bersama nasi putih.

3. Nasi Daging

Nasi Daging memang popular di negeri sebelah Utara seperti Kedah. Nasinya yang cukup rasa daging itu dimakan bersama kuah air asam dan kari ayam itu cukup lengkap untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Jika mahu rasa keaslian Nasi Dadging itu anda boleh beli di bazaar ini.

4. Keria Gula Melaka

Meskipun sebelum ini Keria Gula Melaka pernah popular di negeri Melaka, tetapi nampaknya tak kurang hebatnya juga di Kedah. Fenomena kuih keria ini membuatkan pengunjung beratur panjang untuk menikmatinya. Ubi keledeknya yang manis dan lembut disalut dengan gula melaka itu menjadi plilihan pengunjung disana.

5. Laksa

Kedah memang popular dengan Laksa Kedah. Jika anda ke bazaar ini anda wajib beli Laksa kerana rasa keasliannya itu ada di sana. Kuah ikannya pekat dan cukup rasa. Tidak hairanlah anda akan berjumpa dengan banyak gerai yang menjual laksa disini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Ramadan #Shell Out #Bazaar #Bazaar Ramadan #Keria #Teh Bunga Lebah
;