5 Kali Cuba Dirompak Pakai Parang - Uncle David, Penjual Anak Patung Mainan
Amri Hassan
07/07/2017 04:40 MYT
07/07/2017 04:40 MYT
Walaupun hanya menjual soft toys (anak patung mainan) di kaki lima, peniaga yang pernah tular sekitar hujung tahun lalu, Uncle David, 65, pernah lima kali cuba dirompak menggunakan senjata tajam.
Bagaimanapun, dia dibantu oleh pengawal keselamatan sebuah bank dan orang ramai yang terlihat cubaan merompaknya.
"Selepas beberapa kali cuba dirompak siap berparang, saya mengambil pendekatan untuk terus memasukkan duit hasil jualan saya setiap hari di mesin deposit tunai.
"Takut memang takut tapi saya perlu terus mencari rezeki untuk menyara keluarga terutama anak yang sedang belajar di luar negara," katanya yang ditemui Astro Gempak di kaki lima sebuah premis di Uptown Damansara semalam.
Usahanya perlu berlipat kali ganda sekarang memandangkan anak lelakinya yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Washington, Amerika Syarikat sekurang-kurangnya RM5,200 sebulan.
"Selepas Donald Trumph mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat, pihak berkuasa menghalang pelajar sepertinya untuk bekerja dengan alasan tidak membayar cukai kepada kerajaan.
"Jadi, untuk membiayai kos pengajiannya, saya perlu menghantar duit untuknya sebanyak AS$300 (Rm1,289) setiap minggu," tambahnya.
Uncle David atau nama sebenarnya David Christopher yang menjual perhiasan dan anak patung mainan di kaki lima mula tular apabila dia ditipu oleh seorang lelaki yang menempah 250 buah patung mainan karakter Pokemon Go.
Kisah kesukaran dan kesempitan hidup Uncle David mendapat perhatian apabila seorang blogger memuat naik cerita kesukaran peniaga itu di laman sosial Facebook miliknya.
Beberapa pelanggan yang tersentuh dengan kisah itu mencari dan membeli kesemua anak patung mainan yang dijual Uncle David.
Teks oleh: Amri Hassan