Gaya Hidup

"5 Kali Dah Pakai Baju Pengantin Tahun Ni Tapi Tak Satu Pun Yang ..." - Daiyan Trisha

gempak
Amri Hassan
01/10/2018
08:17 MYT
Sponsor Banner
"5 Kali Dah Pakai Baju Pengantin Tahun Ni Tapi Tak Satu Pun Yang ..." - Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha akui sudah tersasar daripada matlamat untuk berkahwin pada usia 25 tahun.
Daiyan, 25, bagaimanapun sudah lima kali menyarung busana pengantin pada tahun ini dan tidak merasakan terbeban dengan hasrat yang pernah diucapkan sebelum ini.
"Pakai baju kahwin semuanya untuk bekerja, tahun ini saja sudah lima kali pakai baju pengantin.
"Dua kali menjadi cover majalah dengan berbaju pengantin, sekali pakai untuk drama, kemudian pakai untuk fotografi single dan terbaharu sempena Face of Rico Rinaldi Bridal 2019.
"Tapi, tidak ada satu pun yang betul-betul jadi realiti," katanya kepada Gempak.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin bagaimanapun tidak rasa ralat apabila matlamatnya untuk mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tidak menjadi kenyataan.
"Dulu penah cakap nak kahwin ketika berusia 25 tahun tapi sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak apalah," tambahnya.
Daiyan kini berada di Los Angeles selama sebulan untuk bercuti rehat sebelum kembali ke Malaysia merakamkan single terbaharu berbahasa Inggeris.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024