Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

5 Kelebihan Simpan Dalam SSPN.. Antaranya Pelepasan Taksiran Cukai Sebanyak RM8,000 Tau!

Zulaikha Yusof
03/12/2020 03:45 MYT
Di kala negara dilanda pandemik COVID-19, ramai orang berkira-kira untuk menabung. Faham.. Ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi negara sekarang. Ada yang tidak bernasib baik apabila kehilangan kerja tetap dan sekali gus tidak ada pendapatan bulanan.

Namun, simpanan pendidikan untuk anak-anak bukanlah sesuatu yang boleh kita ‘tawar-menawar’ kerana ia adalah jaminan masa depan anak-anak.

Kita boleh pilih untuk menyimpan di mana-mana institusi kewangan yang ada di Malaysia, tetapi menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan adalah keputusan yang terbaik.

Ada lima kelebihan dan manfaat yang akan diperolehi antaranya adalah:

#1 Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000

Ibu bapa dan ibu bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan maksimum sehingga RM8,000.

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pelepasan taksiran cukai SSPN telah dilanjutkan sehingga tahun 2022.

#2 Perlindungan takaful & khairat kematian

Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal terhadap ibu bapa, anak atau waris akan mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta bagi SSPN-i Plus, tertakluk pada terma dan syarat.

Ini bermakna, anak-anak masih dapat menyambung pelajaran mereka menggunakan duit tersebut walau apa jua yang berlaku kepada ibu bapa mereka pada masa akan datang.

#3 Dividen kompetitif

Menyimpan bersama SSPN, memberikan pulangan yang cukup menarik dengan tawaran dividen tahunan yang kompetitif berbanding institusi kewangan yang lain. Jadi, semakin banyak anda menyimpan, semakin banyak juga anda menerima pulangan dividen demi masa depan anak anda.

#4 Simpanan dijamin kerajaan

Paling penting, simpanan anda adalah dijamin oleh kerajaan. Jadi anda tidak perlu risau mengenai keselamatan simpanan yang dibuat dalam SSPN.

#5 Cabutan Hadiah

Untung! Mewah hadiah cabutan.. Hadiah utama adalah berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit.

Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.

Selain itu, satu lagi cabutan diperkenalkan iaitu Cabutan Pecutan Akhir Tahun kepada semua pendeposit SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Tak banyak hanya simpan minimum RM200 dan akan melayakkan anda menyertai cabutan ini. Tempoh promosi bermula 19 November sehingga 31 Disember 2020.



Bagi mengetahui keterangan lanjut, anda boleh layari www.lovesspn.com.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan! Jom kita menabung!
#Advertorial #SSPN
;