FILEM

5 Kisah Kena Rasuk Paling Menggemparkan

Khairil Khusyairi 16/04/2025 | 14:20 MYT
Fenomena kerasukan sering menjadi bahan perdebatan antara realiti dan ilusi, tetapi kisah-kisah yang pernah berlaku di sekeliling kita nyata mengundang rasa seram dan tidak kurang juga membuat bulu roma meremang.
Lebih menarik, kisah-kisah ini sering dijadikan inspirasi dalam dunia perfileman, termasuk filem seram aksi spiritual seperti Qodrat 2, yang menggabungkan elemen keagamaan dan kepercayaan mistik.
Oleh itu, Gempak senaraikan lima kisah kerasukan yang pernah menggemparkan tanah air dan serantau.
1. Kes Kerasukan Beramai-ramai di Sekolah Menengah – Kelantan (2016)
Beberapa buah sekolah di Kelantan pernah dilanda fenomena aneh apabila puluhan pelajar, kebanyakannya perempuan, tiba-tiba menjerit histeria, menangis tanpa sebab dan mendakwa melihat makhluk menyeramkan. Malah, guru-guru turut melaporkan diganggu secara spiritual. Sekolah-sekolah terpaksa ditutup sementara dan upacara ‘pembersihan’ dilakukan oleh ustaz dan perawat Islam.
2. Kerasukan Misteri di Asrama Perempuan – Kedah (2018)
Seorang pelajar didakwa menjadi “perantara” makhluk halus yang mendakwa dirinya ingin menuntut janji lama. Beberapa pelajar lain turut terikut-ikut, seolah-olah makhluk tersebut boleh berpindah dari tubuh ke tubuh. Perawat spiritual tempatan menyatakan ia berpunca dari perjanjian nenek moyang yang dilupakan.
3. Gangguan Jin Penunggu Pokok Besar – Pahang (2015)
Satu keluarga yang tinggal berhampiran sebuah pokok besar mula mengalami kejadian aneh seperti bisikan ghaib, mimpi menakutkan dan anak mereka dirasuk hampir setiap malam. Pokok itu dikatakan tempat ‘penunggu’ sejak dahulu dan tidak boleh ditebang sesuka hati. Bila ia ditebang kerana projek pembangunan, gangguan makin menjadi-jadi.
4. Kerasukan di Kilang Elektronik – Johor (2009)
Kes ini pernah tular apabila beberapa pekerja wanita kilang elektronik mendakwa melihat kelibat wanita berpakaian putih dan mendengar suara memanggil nama mereka. Ramai yang tiba-tiba menangis dan bercakap dalam suara yang bukan milik mereka. Pakar psikologi menyifatkan ia sebagai histeria kolektif, namun perawat tradisional melihatnya sebagai gangguan sebenar.
5. Kes Kerasukan Seorang Pengamal Ilmu Hitam – Indonesia (2011)
Seorang lelaki yang dikenali sebagai bomoh moden dilaporkan kerasukan oleh jin peliharaannya sendiri selepas gagal menunaikan ‘bayaran’ yang dituntut. Dia menjerit, melompat seperti binatang, dan tubuhnya menjadi sangat kuat hingga perlu ditahan ramai orang. Kes ini menarik perhatian media serantau.
Filem Qodrat 2 bukan sekadar filem seram biasa, tetapi menyentuh elemen spiritual yang sangat dekat dengan masyarakat kita.
Untuk info, filem Qodrat 2 terbitan MAGMA Entertainment dan Rapi ini masih mengikuti perjalanan Ustaz Qodrat (Vino G. Bastian) selepas menyelamatkan Alif daripada cengkaman Asuala.
Kali ini, tumpuan beralih kepada usahanya mencari isterinya, Azizah (Acha Septriasa) yang mengalami kemurungan selepas hilang akidah.
Berbeza dengan Qodrat (2022) yang masih penuh misteri, filem kedua ini menyajikan kisah yang lebih mendalam dan perlahan-lahan menyingkap latar belakang keluarga Qodrat.
Dengan visi sedemikian, pengarah, Charles bijak memutuskan untuk mengubah sudut pandangan bercerita. Tumpuan kini beralih kepada Azizah, isterinya.
Saksikan Qodrat 2 yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 17 April ini di pawagam seluruh negara.
Sumber: mStar, Berita Harian,
#Filem #Histeria #Seram #Rasuk #Kisah #2” #“Qodrat