Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

5 Makanan 'Sungkai' Popular Wajib Di Sabah

Amri Hassan
13/06/2017 08:04 MYT
Baru-baru ini, Astro Gempak sempat ke Bazaar Ramadan Gaya Street, Kota Kinabalu Sabah untuk rakaman Sajian Hati Digi bersama Akim dan Stacy.

Selama dua hari mengunjungi bazaar tersebut, Astro Gempak berjaya berjumpa juadah sungkai yang menarik dan enak di sana.

Menurut penduduk tempatan lima makanan yang mesti ada menjelang Ramadan ialah:

1. Berobok

Jika anda pernah dengar bubur jagung, anda boleh bayangkan Berobok ini hampir serupa dengannya. Cuma di Sabah mereka campurkan bubur jagung itu dengan nasi atau pulut. Rasanya lemak manis rasa jagung.

2. Hinava

Hinava sejenis makanan exotic tradisi kaum Dusun Kadazan. Ia diperbuat daripada ikan mackerel bersama bahan-bahan lain seperti bawang kecil, halia, perahan limau dan cili potong.

3. Kuih Kocong

Kuih tradisional Sandakan Sabah ini ada juga di jual di bazaar Ramadan di sana. Kocong ini sejenis kuih yang diperbuat daripada pulut berintikan kacang. Ia dibalut dengan daun pisang.

4. Murtabak Jawa

Berbeza dengan Murtabak di semenanjung, di Sabah ia di masak di atas kuali leper yang dipenuhi minyak. Intinya juga hanya sayur iaitu kobis dan lobak merah. Ia digoreng dengan minyak yang banyak. Rasanya juga pasti berbeza.

5. Nasi Kuning

Nasi kuning ini biasa di makan waktu pagi untuk sarapan masyarakat di Sabah. Namun di bazaar ramai peniaga yang mengambil kesempatan menjualnya. Nasi kuning di makan dengan pelbagai lauk tetapi kebanyakan penjual menjual nasi kuning bersama ikan dan ayam goreng serta kuah kari. Ada juga menjualnya dengan lauk ayam masa merah dan sebagainya.

*Nota: Sungkai bermaksud buka puasa dalam dialek Sabah.

Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Puasa #Bazaar Ramadan #sungkai
;