Laman Utama

5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!

gempak
Amri Hassan
22/06/2023
11:58 MYT
Sponsor Banner
5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!
Optimis untuk merealisasikan potensi kreatif dalam komuniti Gen Z, jenama popular Converse menerusi kempen 'Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next.' tampil dengan acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast baru-baru ini.
Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat diisi sepanjang sesi hampir separuh hari di Common Ground, Menara Worldwide Kuala Lumpur.
Kata wakil Converse, acara terbabit menghimpunkan Converse All Stars yang terpilih mewakili pelbagai bidang dan latar belakang untuk berkongsi pengalaman dan menimba ilmu secara komprehensif.
"Ada ini untuk mengumpulkan komuniti Converse All Stars yang kebanyakan daripada mereka punyai bakat tersendiri yang kurang pendedahan dan sokongan untuk datang belajar daripada figura-figura berpengalaman iaitu Qi Razali, Monoloque dan Munjiy.
"Kesemua All Stars yang diundang kira-kira 40 orang ini akan berpeluang untuk terbabit di peringkat global bersama jenama kami.
"Malah, ada juga All Stars yang diberikan peluang kerjaya secara komisyen untuk menguruskan acara ini. Begitu juga ketika Aidilfitri baru-baru ini, kami melancarkan projek raya bersama enam orang All Stars yang bertindak sebagai model, jurugambar, videographer dan stylist sepanjang penggambaran muzik video raya Converse Malaysia," kongsi wakil Converse kepada Gempak.
Jadi, apa kata Gempak kongsikan apa yang menarik sepanjang acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast:

1. Sesi santai dengan Qi Razali & Loque

Menerusi sesi santai The Talk to All Stars Session, dua figura itu berkongsi pengalaman dan idea bersama Gen Z untuk meneroka segala ruang dan aspek kreatif untuk dibangunkan bersama Converse, berdasarkan pengalaman mereka.

2. Converse All Stars pun diberi peluang

Munjiy, DJ dan stylist yang kini bersama Global All Stars Team turut berkongsi perkembangan di bawah program All Stars.

3. Food testing

Dunia gastronomi yang dibawakan Converse menerusi Soul Food memberi satu piawaian tinggi kepada kreativiti dalam dunia masakan.
DJ, produser dan pemilik kafe ‘Cue at 27’, The Choobs dan chef Haqiemaoki, seorang artis visual yang turut mengendalikan restoran pop-up di sekitar Kuala Lumpur menjadi ‘bintang utama’ pada kempen Converse yang berlangsung baru-baru ini.
Bukan sekadar sesi ‘food testing’ biasa, menurut Converse, pemilihan kedua-dua chef unik ini membawa satu takrifan baru kepada hidangan sebenar.
"Kami mahu membawakan sesuatu yang kreatif dalam penyediaan makanan dan atas sebab itu Sole Food diketengahkan untuk memberi pengalaman berbeza kepada rakan media dan komuniti All Stars," kata wakil Converse.

4. Projection mapping

Converse All Stars Workshop & Soul Feast turut menyaksikan persembahan projection mapping dari All Stars Abdul Shakir aka Grasshopper.

5. Persembahan dari Late Night Frequency

Sambil tetamu dihidangkan dengan sesi food testing dari air tangan All Stars, kumpulan yang sedang meningkat naik Late Night Frequency tampil mempersembahkan beberapa buah lagu.
Menariknya mereka turut mempersembahkan lagu raya yang dicipta sendiri oleh mereka berjudul Cahaya Raya.
Terdahulu, kempen Connect with The Unexpected. Create Now. Create Next – Converse All Stars Workshop & Soul Feast menghimpunkan barisan pempengaruh Converse bersama komuniti All Stars untuk memperkasakan lagi komuniti anak muda yang mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Kempen ini turut mendapat Kerjasama Common Ground Bukit Bintang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live