Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

5 Pantang Larang Ketika Memegang Jalur Gemilang

Amri Hassan
30/08/2023 02:50 MYT
'Merahmu bara semangat waja, putihmu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua'.

Demikian secara ringkas maksud di sebalik warna yang terkandung pada bendera rasmi Malaysia, Jalur Gemilang!



Sebagai rakyat yang berdisiplin, Jalur Gemilang wajar dihormati dan disanjungi. Jom Gempak kongsikan semula pantang larang jika anda memegang Jalur Gemilang seperti yang dikongsikan Jabatan Penerangan Malaysia.

1. Jangan lap tangan yang kotor menggunakan Jalur Gemilang.

2. Jangan letak Jalur Gemilang di atas tanah.

3. Jangan guna Jalur Gemilang sebagai alas meja kecuali sebagai tanda penghormatan, contohnya menutup kereta rasmi semasa acara rasmi.

4. Jangan berbual ketika Jalur Gemilang dinaikkan dan lagu Negaraku dinyanyikan.

5. Jangan biarkan Jalur Gemilang meleret ke tanah ketika menurunkannya.



Selamat menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos ini!

#Malaysia #Bendera #Hari Merdeka #Jalur Gemilang #Pantang Larang #31 Ogos