5 Penggiat Seni Malaysia Terima Tabung Dana - Krishen Jit Astro Sebanyak RM34,000
Syafiqah Jalal
09/11/2017 10:01 MYT
09/11/2017 10:01 MYT
Seramai lima penggiat seni Malaysia telah terpilih menerima anugerah geran Tabung Dana- Krishen
Jit Astro berjumlah RM34,000.
Lima penggiat seni tempatan tersebut adalah Agnes Le Agama, Anrie Too dan Kelvin Wong, Christine May Yong, Lim Pei Ern dan Ridhwan Saidi.
Peruntukan tersebut, diagihkan kepada penerima geran antara RM2,000 hingga RM20,000 seorang untuk menjayakan pelbagai bengkel latihan.
Dana daripada Astro dengan kerjasama Five Arts itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan bagi menyokong seni landskap Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Datuk Norliza Rofli yang juga panel pemilihan dana itu berkata usaha tersebut dilihat dapat membawa karya-karya kreatif yang segar untuk dipaparkan di kaca televisyen.
"Kita dapat lihat dana ini dilabur terus kepada seni landskap Malaysia yang kini semakin berkembang aktif dan maju.
"Penggiat seni pula dapat membawa karya yang kreatif untuk dipaparkan di kaca TV mahupun secara langsung.
"Kami teruja kerana pihak Astro sendiri melaksanakan sebuah komitmen sebegini bagi menyokong industri keseniaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, salah seorang penerima geran Lim Pei Ern yang menerima RM8,000 berkata dana itu membantunya dalam projek Nyanyian Bumi.
"Ia adalah projek kolektif bersama para penari serantau, melibatkan saya sendiri tang mewakili Malaysia, Aco Ridwan dari Indonesia dan Atsushi Hekk dari Jepun.
"Projek ini dapat menyaksikan persamaan dalam tradisi yang dipraktkan melalui lagu, tarian, ritual dan sebagainya serta melakar inspirasi lagu-lagu tradisional Sulawesi Selatan," katanya.
Tahun ini, tabung itu telah menerima sebanyak 45 permohonan untuk projek-projek seperti tarian, teater, filem, video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi dan banyak lagi.
Tabung Dana Astro- Krishen Jit digunakan untuk pelbagai latihan termasuk latihan amali, produksi eksperimen, penuljsan atau mewujudkan persekitaran baharu dalam bidang muzik, tarian, teater, penulisan, kraf, seni visual dan banyak lagi.