Berita

5 Penjara Paling Cantik Di Dunia!

gempak
Syafiqah Jalal
06/04/2017
12:33 MYT
Sponsor Banner
5 Penjara Paling Cantik Di Dunia!
Jika sebut tentang penjara, pasti ramai di antara kita yang beranggapan tempat tersebut menyeramkan kerana didiami oleh penjenayah.
Namun tidak semua penjara seperti yang anda fikirkan. Tahukah anda, terdapat beberapa buah penjara di luar negara yang direka khas dengan hiasan dalaman yang cantik dan menarik.
Tetapi jangan salah anggap, tujuan penjara ini direka sedemikian bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.
Jika di negara lain, penjara juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tahanan semasa perang selain tempat untuk penjenayah berprofil tinggi.
Berikut kami senaraikan lima penjara tercantik di dunia:
1. Penjara Al Capone, Philadelphia. Penjara yang terletak di Eastern State Penitentiary, Philadelphia ini lengkap dengan katil yang unik, meja belajar dan kerusi rehat. Penjara ini telah didiami oleh seorang raja bernama Al Capone pada tahun 1929 selama lapan tahun.
2. Australian Five Star Prison, Melbourne, Australia. Penjara ini juga dikenali sebagai Leobon Justice Centre. Penjara yang terletak di Leobon, Austria ini telah diiktiraf sebagai penjara paling cantik di dunia. Selain itu juga, penjara ini turut menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman.
3. Penjara Otago Corrections Facility, Otago, New Zealand. Terletak berdekatan laut selatan Milton, penjara ini didiami oleh penjenayah golongan atasan. Kemudahan yang terdapat di penjara ini bertaraf antarabangsa seperti gim dan perpustakaan. Anggaran kos untuk membangunkan penjara ini adalah lebih dari RM90 juta.
4. Halden Prison, Norway. Penjara ini merupakan kedua yang terbesar di Norway. Dibahagikan mengikut tingkat dan kelas tersendiri, penjara ini turut menawarkan tempat tidur untuk para tetamu yang datang. Tujuan penjara ini direka sebegini adalah kerana ingin memberi suasana berada di rumah kepada penghunginya.
5. Penjara Santa Ana, California. Penjara ini dikhususkan untuk mereka yang melakukan jenayah ringan sahaja. Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM300 hingga RM500 semalam. Penjara ini juga memberi kemudahan kepada organisasi untuk menganjurkan program motivasi. Selain itu, sesetengah banduan juga dibenarkan membawa komputer riba dan tablet.
Sumber : Ohbulan, Beritamaster.blogspot Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live