Hiburan
5 Perkara Ini Pasti Buat Anda Nak Tonton Konsert Akhir #AF2015 Di TGV
Debaran kian terasa dan kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 4 pelajar #AF2015 iaitu Syamel, Bila, Sufi dan Sharul bakal bertarung hebat di pentas akhir program realiti tersebut pada Ahad ini.
Sudah pasti, ramai peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persembahan mereka serta merasai kehangatan konsert akhir tersebut yang akan berlangsung secara live dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Namun bagi peminat yang tidak berpeluang untuk hadir pada malam itu, anda tidak perlu berasa sedih kerana masih berpeluang untuk menyaksikan konsert akhir #AF2015 dengan cara lain.
Buat julung kalinya, konsert akhir #AF2015 bakal ditayangkan di 15 pawagam TGV (sila dapatkan senarai lokasi pawagam TGV di bawah artikel ini) berhampiran anda dengan harga yang serendah RM15 seorang! Menarikkan?
Malah, ia juga pasti akan memberikan pengalaman yang luar biasa buat anda. Oleh itu, Astro Gempak beri anda 5 sebab kenapa anda perlu tonton konsert akhir #AF2015 di TGV.
1. Ruang dan tempat duduk yang selesa
Anda akan merasai suasana yang lebih selesa bersama kerusi yang empuk disertakan lagi dengan persekitaran yang tenang. Oh tak lupa juga sistem penghawa dingin TGV yang 'power' sehingga membuatkan anda terasa seperti berada di kutub utara. Jangan lupa bawak sweater ya!
2. Popcorn
Bayangkan betapa seronoknya menonton konsert #AF2015 sambil menyuapkan popcorn rangup berperisa karamel ke dalam mulut dan mengunyahnya dengan penuh perasaan! Sedap tu!! Lagi-lagi ditambah pula dengan minuman ringan yang dibeli! Fuh! Nikmat! Kalau tak cukup siap boleh tambah lagi tau. Kalau menonton di Auditorium, tak dapatlah nak 'feeling' lebih-lebih macam ni kan? Silap-silap kena makan kenyang-kenyang di rumah dulu hihihi.
3. Skrin Besar
Ha ini gerenti puas hati kerana jika menonton konsert #AF2015 di pawagam, anda boleh saksikan wajah-wajah pelajar kegemaran anda dengan jelas! Hello! Skrin besar kot! Memang 'best'lah tengok aksi finalis buat persembahan kan. Disebabkan skrin besar itu jugalah yang membuatkan anda begitu kusyuk melihat mereka sehingga tak pandang orang sebelah.
4. Senang nak pergi toilet
Kalau menonton di pawagam, pergilah toilet dua tiga kali pun tak ada siapa nak halang dan tak perlu nak tahan-tahan. Tapi jika di auditorium, pundi kencing rasa nak meletup pun belum tentu boleh ke tandas dan terpaksa tunggu hingga munculnya 'commersial break dulu'. Konsert #AF2015 kan bersiaran secara langsung, mahu atau tidak terpaksalah tunggu iklan hihihi.
5. Sistem bunyi yang hebat
Bayangkan sewaktu mendengar suara Syamel, Bila, Sufi dan Sharul dalam televisyen pun rasa nak nangis sebab terlalu merdu, inikan pula jika mendengarnya di TGV yang dilengkapi dengan sistem bunyi yang hebat. Pergh! Makan hatilah jawabnya!
Saksikan konsert akhir #AF2015 di TGV berhampiran pada Ahad, 11 Oktober 2015, pada jam 9.00 malam.
Berikut merupakan lokasi-lokasi tayangan:
1. One Utama
2. Sunway Pyramid
3.Wangsa Walk
4. Bukit Tinggi
5. Tebrau
6. Seremban 2
7. Kinta City
8.AU2
9.Station 18
10. Kulaijaya
11. Sri Manjung
12. Permaisuri Imperial Miri
13. 1st Avenue
14. Mesra Mall
Dapatkan lebih info di www.tgv.com.my.
Must-Watch Video