5 Rapper Remake Lagu Balik Kampung, Ada Elemen Hip Hop Tapi Masih Kekal Cengkok Asli! Best Ker Tak?
Amri Hassan
18/04/2022 13:50 MYT
18/04/2022 13:50 MYT
Dua tahun kita tidak dapat merasai dan menghidupkan suasana balik kampung menerusi lagu Balik Kampung yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.
Malah, tidak lengkap rasanya perjalanan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfiti tanpa dendangan lagu Balik Kampung ini.
Lagu yang cukup malar segar dan menjadi siulan semua golongan peringkat umur. Dari kanak-kanak hingga orang tua, lagu Balik Kampung ini dianggap penyeri sambutan Syawal.
Bagi memeriahkan lagu hari raya tahun, syarikat rakaman Universal Music Malaysia melancarkan deretan lagu raya bertemakan Raya All Out yang menampilkan barisan penyanyi ternama negara dan penyanyi baharu.
Antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Yonnyboii, DOLLA, Kmy Kmo, Luca Sickta, Sophia Liana, Hannah Delisha, ASYRAF NASIR, Siqma dan The Gadys.
Satu daripada senarai lagu itu adalah lagu Balik Kampung yang diberi nafas baharu oleh gabungan penyanyi dan rapper popular, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Yonnyboii. Lagu ini disusun semula oleh Luca Sickta yang turut bertindak selaku penerbit.
Menariknya, lagu Balik Kampung mempunyai rasa hip hop dengan cangkuk dan melodi asli. Ditambah dengan kreativiti daripada mereka berlima yang pernah muncul di Rap Der Raya 2021.
Asyraf Nasir berpendapat lagu ini masih mengekalkan sentuhan asal nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman.
"Lagu ini diadun semula atau ‘remix’ dengan baik oleh Luca Sickta dan sangat ‘catchy’ kerana bahagian korus lagu ini yang kita sedia maklum adalah asalnya dari lagu penyanyi legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad bertajuk Balik Kampung.
"Sejujurnya saya sangat teruja diberikan kesempatan ini untuk menambah lagi serba sedikit elemen hip hop dan penulisan baharu dalam lagu ini," katanya.
Bagi Siqma pula, lagu Balik Kampung menceritakan mengenai perasaan rindu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya selepas dua tahun tidak dapat berbuat sedemikian.
"Lagu ini berkenaan perasaan rindu dan perjalanan sebelum, semasa dan selepas pulang ke kampung untuk menyambut hari raya pada tahun ini," katanya.
Berkongsi mengenai proses penulisan lagu, Luca Sickta berkata ia dibantu oleh Yonnyboii.
"Penulisan saya dibantu oleh Yonnyboii dan ia mengisahkan mengenai seorang yang takut untuk pulang ke kampung tetapi tetap merindui suasana, keluarga dan beraya di kampung.
"Begitu juga dengan proses rakaman yang mana ia sangat mudah serta turut dibantu oleh Yonnyboii. Semoga lagu Balik Kampung ini dapat menemani pendengar ketika dalam perjalanan balik ke kampung tak kira di hari perayaan ataupun tidak," katanya.
Sementara itu, Kmy Kmo memuji kerjasama dan komitmen baik yang diberikan oleh semua yang terbabit dalam menghasilkan lagu itu.
"Kami sudah biasa bekerjasama. Jadi, segala proses berjalanan dengan lancar dan mengambil masa yang singkat. Pendek kata ia sangat mudah," katanya.
Tentu saja, keserasian yang wujud antara mereka menjadikan setiap proses penghasilan lagu Balik Kampung sangat luar biasa.
"Tiada sebarang cabaran, alhamdulillah semuanya berjalanan dengan baik dalam proses penulisan dan rakaman saya," kata Yonnyboii.
Lagu Balik Kampung dilancarkan secara rasmi pada 15 April di semua platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music dan manakala lirik video lagu ini akan ditayangkan di saluran YouTube Def Jam Malaysia pada hari yang sama jam 9 malam.