Datuk Shah Rukh Khan (SRK) kembali memanaskan panggung wayang dengan filem romantik komedi Jab Harry Met Sejal.

Kali ini, bintang Bollywood itu bergandingan dengan Anushka Sharma selepas filem terakhir mereka Jab Tak Hain Jaan.

Jab Harry Met Sejal sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara ini dan kami yakin filem ini bakal menyaingi Kabhi Kushi Kabhie Gham, Mohabbatein dan Kal Ho Naa Ho.

Jadi, kami senaraikan lima sebab kenapa anda tidak patut melepaskan peluang menonton filem ini.

1) SRK masih otai filem romantik

Watak SRK dalam filem Jab Harry Met Sejal masih sama seperti yang pernah disaksikan dalam filem romantik sebelum ini seperti Kuch Kuch Hota Hai dan Dilwale Dulhania Le Jayenge.

SRK membuktikan dia masih 'on top of his game' untuk buah tangan terbaharunya ini!



2) Lagu-lagu best

Serius! Seni kata setiap lagu yang ditulis untuk lagu-lagu dalam filem ini memang mesra pendengar.

Malah, SRK tidak pernah menghampakan peminatnya dengan liuk lentuk tubuh menari mengalahkan golongan remaja. Energetik dan seksi.

3) Heroin lawa

Ini kali ketiga SRK digandingkan bersama Anushka Sharma selepas Rab Ne Bana Di Jodi (2008) dan Jab Tak Hai Jaan (2012).

Ternyata kedua-dua filem terdahulu gandingan pasangan ini mendapat kutipan pecah panggung.

Maka, pertaruhan menggandingkan SRK dan Anushka untuk filem ini bukanlah sia-sia walau berbeza usia 20 tahun.



4) Sentuhan Imtiaz Ali

Imtiaz Ali menyandang kerusi sutradara filem Jab Harry Met Sejal.

Jika filem-filemnya terdahulu seperti Rockstar, Highway dan Tamasha mendapat perhatian, kenapa tidak Jab Harry Met Sejal?

Filem-filem berunsurkan kisah benar yang meruntun emosi merupakan formula utama Imtiaz.

5) Lokasi cantik

Sinematografi merupakan elemen penting untuk memastikan kualiti filem selain mutu lakonan.

Jab Harry Met Sejal akan membawa penonton meneroka kota Prague, Amsterdam, Vienna, Lisbon dan Budapest.

Selain terpegun dengan jalan cerita, anda juga akan terpegun dengan keindahan lokasi filem ini.


Jangan lupa untuk menonton filem Jab Harry Met Sejal di pawagam berhampiran pada. Lagu-lagu daripada filem ini juga boleh didengar di Astro Tara HD, saluran 108.

Teks oleh: Amri Hassan