FILEM
5 Sebab Kenapa Anda Wajib Menonton Filem Warkah – Nombor 3 Tu Ramai Yang Tak Tahu!
Memang banyak filem di tayangkan di pawagam sekarang, tetapi filem yang yang berkisar tentang kisah benar boleh dikira dengan jari. Terbaru, filem ‘Warkah’ yang memulakan tayangannya hari ini, 15 Ogos, merupakan filem yang diadaptasi daripada kisah benar. Inilah sebabnya kami sediakan 5 sebab kenapa anda wajib menonton filem ‘Warkah’.

#1 Pengarahnya

Pengarah filem ‘Warkah bukan calang-calang orangnya. Bermula sebagai pelakon, dia menimba ilmu sehinggalah bergelar seorang pengarah. Mohd Saufi bin Zami atau lebih terkenal sebagai Opie Zami mula popular pada tahun 1999 dan aktif berlakon dalam banyak watak komedi. Beliau merupakan anak kepada pelawak veteran Zami Ismail. Filem ‘Warkah’ merupakan filem ketiga arahannya dan beliau juga bertindak sebagai penulis skrip.

#2 Pelakonnya

Siapa yang tidak kenal dengan Namron, pelakon dan pengarah berprofil tinggi. Beliau pernah memenangi Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke29 dan memenangi Pengarah Terbaik di (FFM) ke30. Malah filem ‘Warkah’ ini turut didokong oleh pelakon-pelakon hebat seperti Syazwan Zulkifli, Isyariana, Wafiy dan pelakon cilik Rayyana Rayqa yang baru berusia lima tahun.

#3 Adaptasinya

Hanya daripada sepucuk surat seorang remaja kepada Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Dato’ Aziz Mohammed, terhasilnya filem hebat ini! Remaja tersebut telah menzahirkan terima kasihnya atas bantuan dan jasa baik PERKESO dalam membantu kehidupan keluarganya hingga dia dalam pelajarannya. Bayangkan, betapa banyaknya yang anda akan tahu tentang PERKESO hanya melalui filem ‘Warkah’ ini.

#4 Kebenarannya

Tidak ada makhluk asing, tidak ada cinta kaya dan miskin, tetapi hanya satu kisah benar kehidupan seharian kita. Filem ‘Warkah’ ini sangat dekat dengan hati kerana ianya adalah kisah semua daripada kita setiap hari. Tidak ada rasa asing apabila menonton filem ‘Warkah’ dan anda bukan sahaja menikmati sebuah filem yang cukup bagus, tetapi juga melekat di hati.

5#Lakonannya

Tidak perlu bercerita tentang betapa hebatnya Namron, Syazwan, Wafiy atau Isyariana. Tetapi kami jamin anda akan tersedu melihat lakonan mantap pelakon cilik Rayyana Rayqa. Baru berusia 5 tahun, lakonannya bersahaja dan pasti meruntun jiwa setiap orang yang menontonnya. Hebat semuanya!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem hebat ‘Warkah’ ini di pawagam-pawagam berdekatan dengan anda bermula hari 15 Ogos 2019. Kalau anda keluar dengan mata yang merah, jangan salahkan kami, kerana awal-awal lagi kami sudah pesan jangan lupa untuk bawa tisu bersama!
Must-Watch Video