Hiburan

5 Sebab Kenapa Prince William & Kate Middleton Berbeza Dari Kerabat Diraja Lain

gempak
Syafiqah Jalal
22/03/2017
14:16 MYT
Sponsor Banner
5 Sebab Kenapa Prince William & Kate Middleton Berbeza Dari Kerabat Diraja Lain
Pasangan Duke and Duchess of Cambridge ini telah berkahwin selama lima tahun dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel.
Apa yang menarik tentang sepanjang lima tahun pasangan ini menjalani kehidupan sebagai pasangan diraja, mereka dikatakan telah melakukan beberapa perkara yang pasangan atau kerabat diraja lain tidak lalukan.
1. Mereka tinggal di luar London Pasangan diraja ini dikatakan memiliki rumah di Kensington Palace, namun mereka sebenarnya mempunyai rumah yang jauh di dari utara London. Mereka dikatakan menghabiskan 90% daripada masa mereka di sana. Selain hampir dengan tempat kerja, kerabat diraja ini juga sering berkunjung ke pasaraya terdekat bagi membeli barang keperluan harian di kawasan tersebut.
2. Mereka mengulang pakaian yang sama Mungkin perkara ini adalah suatu yang jarang dilakukan oleh kerabat diraja lain. Pakaian merupakan salah satu perkara yang amat dititik berat oleh kerabat diraja. Namun istimewanya Kate Middleton, dia dilihat pernah menggayakan jaket yang sama beberapa kali di majlis yang berbeza.
3. Mereka membesarkan Putera George sendiri Kebanyakan golongan diraja pasti mempunyai pengasuh peribadi yang akan menguruskan anak-anak mereka. Namun bagi William dan Kate, mereka sememangnya mempunyai pengasuh peribadi, namun Kate adalah seorang wanita yang serba boleh dan beliau sendiri yang telah mengasuh anaknya.
4. Putera George dihantar ke sekolah Jika anak-anak kerabat diraja lain memiliki guru peribadi yang akan datang ke istana untuk mengajar anak-anak mereka, berbeza dengan Putera George, anak sulung kepada Kate dan William. Kate dikatakan akan melakukan perkara yang sama seperti Puteri Diana lakukan kepada William di mana George akan dihantar ke sekolah dan akan terdedah dengan kanak-kanak biasa seperti bermain di taman tema, melawat wad-wad pesakit kanser dan melawat hospital kanak-kanak.
5. Mereka bergembira seperti rakyat biasa Amat sukar untuk melihat Prince Philip dan Queen Elizabeth berpelukan atau berpegangan tangan di khalayak ramai. Namun berbeza dengan William dan Kate, baru-baru ini mereka dilihat berpelukan kerana teruja menyaksikan sebuah perlawanan sukan.
Sumber : Womansday.com Teks oleh : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live