Laman Utama

5 Sebab Kita Berpotensi Dipatuk Ular

gempak
Izwan Isa
05/09/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
5 Sebab Kita Berpotensi Dipatuk Ular

Kebanyakan daripada kita cukup takut ular. Selain dikenali sebagai reptilia berbisa, ular turut berkeupayaan untuk menelan mangsa mengikut spesies dan jenis masing-masing.

Sungguhpun kita cukup maklum dengan bahayanya haiwan ini, namun, kebarangkalian untuk kita berjumpa atau diserang oleh ular sangat tinggi.
Berikut merupakan lima sebab kita berpotensi untuk dipatuk oleh ular dan cara untuk mengelak daripada terjebak:

Pakai selipar, bukan kasut

Menurut Jennifer Mecham, seorang pakar dalam hal ular dan juga penulis di Reptiles Blog, salah satu sebab individu digigit ular adalah kerana tidak memakai kasut. Sebaliknya, memakai ‘alas kaki’ yang tidak bersesuaian, lebih-lebih lagi ketika berada di kawasan yang berisiko wujudnya habitat ular.

Berkebun secara melulu

Bukan sahaja kaki, tangan juga mudah terkena gigitan atau patukan ular terutama ketika berkebun. Roger Dickens, pakar dalam kawalan burung dan hidupan liar di Ehrlich Pest Control menasihati mereka yang ingin berkebun atau bekerja di taman untuk memeriksa kawasan rendah dengan teliti sebelum mereka turun atau menunduk. Hal ini kerana, ular mampu menyamar di sebalik daun dah kayu kering. Roger turut mencadangkan supaya menggunakan kayu panjang untuk mengumpulkan daun atau bunga kering. Hal ini Ini dilakukan untuk mengekalkan jarak selamat daripada potensi dipatuk ular. Pastikan juga kaki dan buku lali dilindungi dengan kasut dan stoking dan gunakan sarung tangan khusus untuk berkebun.

Menganggu ular peliharaan

Kadangkala, ular yang anda pelihara juga boleh berubah menjadi agresif. Walaupun jarang berlaku, namun, terdapat kes di mana ular peliharaan boleh menggigit, terutamanya jika lapar. Pemilik ular seharusnya mengelak daripada menyentuh ular jika ular peliharaan mereka sedang lapar atau menghampiri waktu makan. Selain itu, bau makanan yang tinggal di tangan kita boleh menjadi masalah. Ular mempunyai naluri yang begitu kuat sehinggakan jika tangan berbau makanan, ular peliharaan yang paling mesra sekalipun mungkin rasa terpanggil untuk menggigit atau mematuk.

Biarkan halaman rumah berantakan

Jika kita membiarkan halaman rumah bersepah dan tidak teratur, kebarangkalian untuk ular menghampiri dan ‘bersarang’ di kediaman kita sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika longgokan sampah atau barang-barang lama boleh mengundang kehadiran haiwan lain seperti tikus, yang juga merupakan makanan ular. Bersihkan rumah secara berkala dan buang barangan yang boleh menjadi tempat tinggal reptilia berkenaan.

Tidak hiraukan salakan anjing, bunyi amarah kucing

Seperti manusia, haiwan peliharaan anda juga berpotensi untuk diserang oleh ular. Justeru, sangat penting untuk mengenali tanda-tanda bahawa haiwan kesayangan anda mungkin berasa terancam apabila berada di luar rumah. Perhatikan tingkah laku haiwan kesayangan anda dan cuba selidik jika mereka berbuat bising di luar rumah.

Sumber: Kompas
BACA: Terkejut Ular Sawa 10 Kg Dalam Mangkuk Tandas, Cuaca Panas Penyebab Cari Tempat Sejuk & Lembab​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live