Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

5 Sebab Korang Tak Boleh Lepaskan ‘Hari Laksa Sarawak’ Bersama ERA Sarawak Pada 23 Julai Ini!

Amri Hassan 21/07/2022 | 10:50 MYT

ERA Sarawak menjemput semua untuk menghadiri sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ pada 23 Julai, jam 1 petang di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak.

Makanan ikonik Sarawak

Dengan pelbagai keunikan dan tradisi untuk ditawarkan di Sarawak, ERA Sarawak teruja untuk meraikan makanan ikonik serta kegemaran ramai, ‘Laksa Sarawak’.
Juadah ini seakan-akan penyatu antara semua sama ada warga tempatan mahupun pelancong asing.

Peniaga dari nominasi peminat ERA Sarawak

Sebahagian daripada sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ bersama ERA Sarawak, beberapa peniaga Laksa Sarawak tempatan yang telah dinominasi oleh para peminat ERA Sarawak di media sosial akan menerima penghargaan.
Lima lokasi yang telah menjual Laksa Sarawak disenarai pendek berdasarkan tinjauan yang dilakukan Afick dan Fir Afandi, personaliti Pagi ERA Sarawak.
Peniaga-peniaga Laksa Sarawak ini akan dinobatkan sebagai “Laksa Sarawak terbaik yang diluluskan oleh ERA Sarawak” serta menerima plak penghargaan:
o Moms Laksa, Jalan Haji Taha
o Dewi Laksa Sarawak, Fuyu Café, Satok
o Laksa Sarawak Pak Amit Café, Jalan Kulas
o Kings Laksa Sarawak, ICOM Square
o Waterfront Hotel, Kuching

Boleh beramah mesra dengan personaliti ERA Sarawak

Tambahan lain, semua masyarakat Sarawak yang hadir ke sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ ini juga berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti ERA Sarawak termasuk: Afick dan Fir Afandi (Pagi ERA Sarawak); Chopie (Muzik Berdepergh ERA); Elya (Petang ERA) dan Dhirah Saini (Malam Hype ERA).

Boleh belajar masak Laksa Sarawak

Peminat juga boleh mempelajari cara memasak Laksa Sarawak yang akan dilakukan sendiri oleh Cef dari The Waterfront Hotel dan bermain permainan untuk peluang memenangi hadiah menarik.

Dapat Laksa Sarawak free!

Manakala, 80 pengunjung terawal yang hadir ke sambutan ‘Hari Laksa Sarawak’ juga berpeluang menikmati santapan Laksa Sarawak secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, ikuti ERA Sarawak di platform media sosial.
Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Hari Laksa Sarawak’ dan nikmati lebih 60 jenama radio, podcast, video dan banyak lagi di SYOK.

#Viral #Radio #Deejay #Makanan #Era Sarawak #Free #Ikonik #Kuching #Hari Laksa Sarawak #Laksa Sarawak
;