Tidak dinafikan telefon pintar sekarang semakin luas penggunaannya. Kalau dulu kita nak rakam momen-momen indah atau penting, mesti kena ada kamera!

Tetapi sekarang, tanpa kamera pun kita dah boleh merakam saat-saat penting dan berkarya menggunakan telefon pintar, contohnya vlogging!!!

HONOR 50 adalah pilihan paling bijak untuk korang yang suka berkarya dan vlogging sebab selain ia merupakan telefon pintar terbaik untuk vlogging, HONOR 50 juga telah disokong Google Mobile Services okay! Perfect!

Ini sebab kenapa telefon pintar HONOR 50 perlu dimiliki kaki vlogging!

#1 Dengan kamera 108MP video dan swafoto lebih sempurna

Dengan kamera 32MP, sudah tentu video dan swafoto korang akan lebih sempurna! Lagi seronok kalau bawa kawan-kawan rasa sendiri pengalaman bersama HONOR 50! Ajak mereka bergambar sekali, mesti teruja.

Kini dengan binaan kamera quad gred tinggi, menyerlahkan lagi kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera depth 2MP.

HONOR 50 membolehkan pengguna merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, malah pada waktu malam ketika pencahayaan terhad.

Ia juga didatangkan dengan enam mod rakaman multi-video yang lebih fleksibel untuk korang merakam pelbagai sudut dan menjadikan content korang lebih mantap! Tak perlu buat kerja post-editing yang banyak lagi tau...Touch-up sikit-skit jer...

Nah! Selepas ini content korang lebih profesional, tambah-tambah lagi kualiti audio pun padu!

#2 Rekaan Kamera Dual Ring

Diilhamkan dari kamera klasik berlensa kembar, rekaan kamera dual ring HONOR 50 mempunyai dua bulatan berpusat di bahagian belakang seperti sepasang mata. Yang bestnya, visual akan menjadi lebih luas.

Cincin disekeliling kamera juga diberi rekaan klasik dan kemas serta tahan lebih lama.

#3 Lebih puas dengan paparan OLED melengkung 75 darjah

HONOR 50 berbangga dengan paparan OLED melengkung 6.57 inci melengkung 75darjah dengan HD+ Penuh, serta resolusi 2340 X 1080. Nikmati pengalaman bermain game, video atau foto melalui paparan besar dengan warna 1.07 bilion, meliputi 100% DCI-P3 warna gamut.

Ditambah dengan kadar dinamik pintar yang disegarkan pada 120Hz dan kadar sentuhan pensampelan 300Hz, permainan yang mengasyikkan boleh dirasai dengan HONOR 50.

Lain dari yang lain, HONOR 50 boleh mengubah mod segar semula berdasarkan aktiviti pada skrin, sekaligus dapat membantu penjimatan kuasa bateri. Cool kan?

#4 Bateri tahan lama

Dilengkapi bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki bateri yang tahan lama, ditambah dengan 66W HONOR Pengecasan Pantas – boleh caj 70% dalam 20 minit sahaja. Lajunya! Jadi tak payah risau lagi tentang kehabisan bateri!

HONOR juga telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan pengecasan selamat. HONOR melaksanakan indentifikasi tiga kali ganda untuk mengesan jika pengecas, bateri dan kabel adalah buatan HONOR, sekaligus mengurangkan kadar kerosakan ketika mengecas.

#5 Harga mampu milik


HONOR 50 hadir dalam 2 versi, penstoran 6GB RAM + 128GB berharga RM1,699 dan setiap pembelian korang akan dapat free gift berharga lebih RM250 lagi tau! HONOR 50 ada dua pilihan warna Midnight Black yang boleh didapati dalam talian dan di kedai, serta edisi terhad HONOR Code, hanya boleh didapati di stor dalam talian.

Versi penstoran 8GB RAM + 256GB ditetapkan pada harga RM1,999 dan korang akan dapat free gift bernilai sehingga RM550. Edisi ini hadir dengan 3 warna menawan iaitu Frosty Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di pelbagai stor dalam talian dan Stor Diiktiraf HONOR seluruh Malaysia.

Dapatkan HONOR 50 korang sekarang di stor HONOR di seluruh Malaysia hari ini! Untuk sebarang kemas kini, layari laman Facebook HONOR Malaysia www.facebook.com/HONORMY dan laman sesawang www.hihonor.com/my/.

Tekan link ini untuk pra-tempah HONOR 50 korang hari ini!