HIBURAN
5 Selebriti Perempuan ‘Bestie’ Paling Ikonik Dalam & Luar Negara! Yang Terakhir Tu Siapa Sangka
Bila berbicara tentang sahabat baik, setiap individu pasti mempunyai ‘bestie’ mereka sendiri begitu juga dengan para selebriti.
Walaupun dunia industri hiburan sering dikaitkan dengan persaingan dan cabaran, masih ada selebriti wanita yang berjaya membuktikan persahabatan sejati dan ikhlas tetap wujud.
Membina ikatan erat dalam dunia seni bukanlah sesuatu yang mudah, namun segelintir daripada mereka mampu mengekalkan hubungan rapat yang penuh sokongan, kejujuran dan kesetiaan.
Berikut adalah 5 selebriti wanita yang berkawan baik di dalam dunia industri seni.
1. Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Sherry Al-Hadad dan Marsha Milan
Empat wanita ini bukan sahaja mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan, malah mereka cukup dikenali sebagai bestie yang sentiasa jujur dan kelakar setiap kali bertemu.
Aura dan ‘chemistry’ mereka jelas membuatkan ramai netizen jatuh cinta dengan persahabatan ikhlas yang terjalin.
2. Jennifer Aniston dan Courteney Cox
Bersahabat sejak era 90-an menerusi siri ikonik Friends, Jennifer dan Courteney membuktikan persahabatan mereka boleh kekal kuat lebih dua dekad.
Untuk info, Jennifer bahkan menjadi ibu baptis kepada anak Courteney! Mereka sering hadir ke acara penting masing-masing, dan kekal rapat walaupun selepas Friends tamat siaran bertahun-tahun lalu.
3. Taylor Swift dan Selena Gomez
Taylor Swift dan Selena adalah ikon bestie sejati di Hollywood. Persahabatan mereka bertahan lebih satu dekad walaupun kedua-duanya sering diuji dengan gosip dan cabaran kerjaya.
Selena juga sering merujuk Taylor sebagai sumber inspirasi dan kekuatan, manakala Taylor pula menyokong Selena secara terbuka dalam projek muzik dan kehidupan peribadinya.
4. IU & Yoo In Na
Begitu juga dalam dunia K-Pop, persahabatan erat terjalin di antara penyanyi terkenal IU dan pelakon popular Yoo In Na.
Walaupun berbeza kerjaya, mereka kerap dilihat bercuti bersama, saling bertukar hadiah, dan apabila bersua, mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.
IU sendiri pernah menyatakan Yoo In Na adalah antara insan paling penting dalam hidupnya.
5. Mimi Lana dan Azira Shafianz
Dua pelakon jelita ini mula rapat ketika mereka menjalani sebuah projek lakonan dan sejak itu menjadi sahabat baik.
Mereka juga sering berkongsi gambar meluangkan masa bersama dan saling memberi kata semangat antara satu sama lain.
Oleh disebabkan itulah, ramai netizen teruja dan mengagumi persahabatan mereka.
Kesimpulannya, ikatan persahabatan boleh terjalin di mana-mana sahaja, tanpa mengira latar belakang atau status seseorang.
Sahabat baik ialah individu yang sentiasa ada di sisi kita sama ada dalam saat suka mahupun duka.
Kalau korang ada sahabat baik, jom stream kesemua 8 episod Astro Originals First Wives yang meraikan tentang solidariti persahabatan wanita di On Demand.