Viral

5 Soalan Pedas Mak Cik Bawang Ketika Raya Yang Kita Takkan Dengar Tahun Ni

gempak
Amri Hassan
23/05/2020
07:00 MYT
Sponsor Banner
5 Soalan Pedas Mak Cik Bawang Ketika Raya Yang Kita Takkan Dengar Tahun Ni
Ada yang anggap tak dapat balik kampung untuk beraya tahun ini ada hikmahnya tersendiri; boleh elak soalan-soalan pedas mak cik bawang!
Soalan-soalan wajib itu sering kita terima setiap tahun terutama ketika berkumpul pada hari raya Aidilfitri.
Terpulang sama ada kita mahu melihat soalan-soalan itu daripada sudut negatif (busy body), atau ia sekadar pertuturan sesama kita untuk 'break the ice' dan bermesra-mesra. Maklumlah sudah lama tak jumpa kan!
Walau apa juga soalan, pastinya itu menjadi sebahagian daripada kenangan raya tahun-tahun sudah yang kita tak sempat nak dengar tahun ini.
Jom, Gempak senaraikan semula soalan-soalan wajib mak cik bawang ketika raya:
1. Bila nak kahwin?
Ini tekanan hebat bagi golongan bujang trang tang tang! Tambah-tambah kalau adik-beradik anda yang lain semua sudah berkeluarga.
Kadang-kadang singgah setiap rumah mesti akan dapat soalan cepumas ini. Agak-agaknya apa yang anda jawab?
2. Bila nak dapat baby?
Lepas dah kahwin pula akan ada soalan berbunyi sebegini. Ya lah, setiap pasangan pun ada perancangannya selepas berumah tangga, ada yang nak tunggu stabil dahulu, ada yang fokuskan kerjaya dan macam-macam lagi.
Mungkin juga ada pasangan yang berdepan kesukaran misalnya masalah kesihatan yang menghalang mereka bergelar ibu bapa selepas berkahwin.
3. Bila nak tambah anak?
Sudah ada anak, akan disoal pula bila nak tambah anak? Hehe.
Sabarlah, kita bagilah ruang rehat kejap kan. Sekarang pun ekonomi ada turun naik, untuk membesarkan ramai anak pastinya menjadi cabaran besar buat ibu bapa moden.
4. Kerja apa sekarang?
Mungkin kali terakhir anda jumpa sanak-saudara pun ketika raya tahun lepas, pastinya ada yang nak 'catch up' balik perkembangan kerjaya anda.
Mana tahu, dah jadi CEO ke sekarang. Janganlah marah-marah, jawab elok-elok ya.
5. Dah gemuk ya sekarang?
Tak tahu nak ketawa atau murung sebenarnya! Body shaming ketika raya rasa-rasanya janganlah serius sangat. Itu satu pujian sebenarnya.
Maksudnya anda sihat dan cukup makan walaupun merantau jauh sampai ke luar bandar atau luar negara sana.
Chill!
Walaupun apa juga soalan yang diajukan sepanjang Syawal nanti, anggaplah ia sekadar nak bersembang.
Kadang-kadang lepas 15 minit ditanya, mereka tak ingat pun jawapan anda tadi.
Jadi, berayalah dengan normal baharu dengan hati yang ikhlas dan saling bermaafan. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Foto sekadar hiasan (carian Google)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live