Viral

5 Tahun Bela Anjing Jalanan, Netizen Puji Keluhuran Hati Umie Aida - "Dia Faham Saya, Tak Pernah Suruh Saya Sentuh Dia"

gempak
Amri Hassan
03/12/2020
00:20 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Bela Anjing Jalanan, Netizen Puji Keluhuran Hati Umie Aida  - "Dia Faham Saya, Tak Pernah Suruh Saya Sentuh Dia"
Kisah aktres Datin Umie Aida yang menjaga seekor anjing jalanan yang diberi nama Blackie mencuri tumpuan peminatnya di media sosial baru-baru ini.
Menerusi platform yang dikongsikan akaun My Forever Doggo, Umie berkongsi ceritanya membela Blackie sejak lima tahun lalu.
"Lama dah, sejak 5 tahun sudah saya menjaganya. Pada suatu hari saya ternampak sekumpulan anjing sedang minum air tepi longkang berdekatan kawasan rumah saya.
"Timbul rasa kasihan jadi saya meletakkan air dalam satu bekas untuk bagi mereka minum.
"Kemudian, pada suatu hari pihak berkuasa datang menangkap mereka namun salah seekor daripadanya terlepas. Blackie lari menyorok tak tahu ke mana dan sampailah sekarang.
"Dia istimewa. Dia sangat menghormati saya, tak pernah datang dekat pun dengan saya, seperti faham saya.
"Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kencing di kawasan rumah saya," cerita Umie.
Sifat keprihatinan Umie itu menjentik hati anak-anaknya agar menyayangi haiwan tanpa prejudis.
"Saya ajar anak-anak saya menyayangi haiwan. Bila mereka nampak ibu mereka sukakan haiwan, cinta itu datang secara semula jadi.
"Saya tahu, situasi sekarang ramai yang tertekan kerana Covid-19 dan ekonomi semasa, dan kita tak boleh paksa orang menyayangi haiwan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya.
"Tetapi hargai ciptaan Tuhan kepada kita dan janganlah seksa haiwan. Kita respek dunia mereka, mereka akan respek kita," tegasnya.
Kisah menyentuh hati Umie itu sedikit sebanyak menyedarkan peminatnya untuk tidak menganiaya haiwan walau apa juga keadaan sekali pun.
Malah, ramai yang memuji kemurnian hati Umie untuk menjaga anjing terbabit dengan caranya tersendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live