Hiburan

5 Tahun Berkahwin, Idayu Tak Pernah Berhenti Mencuba Timang Zuriat

gempak
Kamaruddin Razal
26/05/2019
19:44 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Berkahwin, Idayu Tak Pernah Berhenti Mencuba Timang Zuriat
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Idayu mengakui dia tidak pernah berhenti mencuba untuk mendapat cahaya mata.
Usia perkahwinan Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 34, dan suaminya, Shahrul Fadzil, 35, telah mencecah lima tahun.
"Siapa yang tak mahu zuriat? Saya dan suami tak pernah berhenti mencuba walaupun usia perkahwinan kami sudah memasuki tahun kelima. Sekarang ini, kami sudah bersedia untuk mempunyai anak. Insya-Allah, pasti ada rezeki untuk kami.
"Apa yang penting, saya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak, terutamanya peminat. Insya-Allah, jika tiba masanya, kami menerima rezeki itu dengan gembira," kata Idayu.
Idayu ditemui di majlis iftar bersama penyanyi-penyanyi lagu tema drama bersiri Nur di Meet & Dine, Sungai Long, Cheras baru-baru ini.
Selain Idayu, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Marsha Milan, Amylea Azizan dan Indah Ruhaila.
Dalam pada itu, Idayu juga mendedahkan dia rasa sedikit rimas dan segan apabila sering diajukan soalan berkenaan cahaya mata.
"Ada segelintir pihak yang bertanya perkara terbabit dan pasti berfikir sama ada saya atau suami mempunyai masalah untuk mendapatkan anak.
"Sejujurnya, saya rasa agak rimas dan malu... Segan pun ada apabila sering ditanya perkara terbabit dan saya juga risau jika ada yang berfikir kami mempunyai masalah berkaitan kesuburan.
"Sebelum ini, kitaran haid saya tak menentu... Tetapi sekarang semuanya sudah pulih. Saya juga sudah menjalani pemeriksaan kesuburan dan semuanya baik-baik sahaja," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live