Hiburan

"5 Tahun Berpuasa Di Perantauan, 18 Jam Dah Jadi Lumrah - Diddy Hirdy & Keluarga Kongsi Saat Berpuasa Di United Kingdom

gempak
Badrul Hashim
20/05/2020
01:15 MYT
Sponsor Banner
"5 Tahun Berpuasa Di Perantauan, 18 Jam Dah Jadi Lumrah - Diddy Hirdy & Keluarga Kongsi Saat Berpuasa Di United Kingdom
Penyanyi dan pelakon kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Diddy Hirdy yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Liverpool berkongsi pengalaman berpuasa di luar negara.
Menurut Diddy, Tahun pertama ketika membuat Masters di University of Liverpool, bulan puasa merupakan bulan yang sangat mencabar untuk Diddy dan keluarga.
Ketika itu Diddy melalui 'culture shock' apabila terpaksa berpuasa lebih 18 jam sehari.
"Masa awal tu, Diddy memang tak pandai kawal tenaga dan juga masa kerana tak pernah lalui bulan puasa yang begitu panjang setiap hari.
Baca juga: "Saya Tak Mahu Anak Jadi Bahan Ujian Seperti Tikus Makmal..." - Covid-19, Diddy Hirdy Tak Mahu Tanggung Risiko
"Masa tu memang rasa terlalu susah sangat kerana sudah terbiasa dengan budaya dan masa berpuasa di Malaysia," ketawa kecil Diddy ketika menceritakan pengalaman pertamanya kepada Gempak.
Menurut Diddy, pada tahun kedua pengalaman berpuasa semakin mencabar kerana ketika itu adalah tahun pertama Diddy berpuasa di Glasgow, Scotland dan masanya lebih panjang dan cuacanya lebih sejuk biarpun pada musim panas.
"Diddy memang tak tahan sejuk jadi ianya sangat mencabar. Tambahan lagi, ketika itu, isteri Diddy baru sahaja bersalin anak yang kedua, jadi soal masak semuanya terletak di bahu Diddy.
"Jadi pilihannya adalah berbuka secara sederhana sahaja sehinggalah ibu Diddy datang untuk menjaga isteri Diddy," jelas Diddy kepada Gempak mengingati peristiwa lalu.
Kini sudah masuk tahun kelima Diddy berpuasa di luar negara dengan tempoh masa puasa yang sentiasa melebihi 18 jam setiap hari.
"Sudah masuk tahun kelima ini, Diddy dan keluarga sudah agak biasa dengan masa berpuasa yang panjang, serta masa berbuka dan masa bersahur yang agak singkat antara satu sama lain.
"Waktu berbuka adalah pukul 9:20 malam waktu tempatan dan waktu sahur berakhir pula adalah pada pukul 2:30 pagi. Tetapi Diddy juga turut gembira kerana anak sulung Diddy, Nadra Aryssa Jauza, 9 tahun sudah mampu berpuasa penuh dalam tempoh yang panjang itu," kata Diddy.
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri dan Diddy serta keluarga juga sudah lima tahun beraya di luar negara.
"Diddy ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ibu Diddy, Kamariah Ahmad, adik beradik Diddy serta ahli keluarga isteri Diddy di Malaysia.
"Diddy harap kesemuanya berada dalam keadaan sihat, dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia demi memutuskan rangkaian Covid-19," ucap Diddy mengakhiri temu bual bersama Gempak.
Diddy Hirdy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy berkahwin dengan Nor Azah Musa pada tahun 2010 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Nadra Aryssa Jauza dan Abid Syabil yang dilahirkan di Glasgow, scotland.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live