5 Tahun Kahwin, Alif Satar Throwback Kenangan Pandu Kereta Sendiri Pergi Bernikah
Amri Hassan
16/09/2019 23:25 MYT
16/09/2019 23:25 MYT
Pengacara Big Stage 2019, Alif Satar kelmarin meraikan ulangtahun perkahwinan kelima bersama isterinya, Shadila Halid.
Menariknya tentang ucapan sempena ulangtahun kali ini, Alif berkongsi kenangan indah memandu sendiri ke majlis akad nikahnya ketika itu.
"Pagi Isnin, lima tahun lalu. Saya memandu bersendirian ke dewan nikah, tetapi pulang bersama isteri saya di sisi.
"Alhamdulillah, sudah lima tahun. Saya mencintaimu Shadila Halid selama-lamanya," tulis Alif menerusi entri di Instagramnya pada Ahad.
Sementara itu, Shadila turut memuat naik foto bergambar di tangga sebuah hotel mewah di ibu kota, lokasi pertama selepas mereka selamat diijabkabul.
"Tepat lima tahun lalu, saya dan Alif tiba di hotel ini selepas majlis pernikahan kami. Kini kami kembali lagi dengan dua anak dan bakal tambah lagi satu.
"Lima tahun berlalu dengan cepat sekali. Tahun depan nak datang balik sinilah tetapi badan kena ramping," katanya.
Alif dan Shadila telah mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2 tahun.
Shadila juga kini sedang berbadan dua dan dijangka bakal bersalin pada Oktober ini.