5 Tahun Menanti, Ameer Sofazr Timang Cahaya Mata Sulung!

Amri Hassan
Oktober 28, 2020 12:15 MYT
Isteri kepada bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Ameer Sofazr, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada Selasa.
Memaklumkan perkara terbabit di Instagram, kata Ameer, bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Klang, pada pukul 7.40 malam.
"Alhamdulillah syukur, isteri saya dah selamat melahirkan puteri sulung kami.
"Terima kasih kepada seluruh keluarga, saudara, sahabat, peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan buat isteri dan anak kami.
"Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya. Amin...
"Insya-Allah dengan rezeki dan amanah yang diberikan akan ku jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua," tulisnya.
Ameer turut menyertakan tanda pagar #penantian5tahun, #callmedaddy dan #newjurney dalam posting sama.
Ameer dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada Januari 2015.
Gempak masih cuba menghubungi Ameer untuk mendapatkan kisah selanjutnya.
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #Ameer Sofazr