Laman Utama

5 Tahun Menanti Cahaya Mata, Yuna Anggap Belum Rezeki –“Tak Tersinggung Bila Ditanya, Anggap Ia Doa…”

gempak
Syafiqah Jalal
03/05/2023
07:44 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Menanti Cahaya Mata, Yuna Anggap Belum Rezeki –“Tak Tersinggung Bila Ditanya, Anggap Ia Doa…”
Penyanyi dan pengkarya terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna akui masih menanti dan berusaha untuk menimang cahaya mata selepas dia dan suami Adam Sinclair mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu.
Kata Yuna dia mengharapkan semua untuk sama-sama berdoa agar dia dikurniakan zuriat.
“Saya tahu soalan ni memang akan ditanya walaupun sudah tentu ia agak peribadi. Saya boleh kata kami tiada rezeki lagi dan masih lagi mencuba (dikurniakan anak).
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini,” katanya kepada Astro Gempak.
Yuna berkata demikian selepas ditanya soal anak sebaik sahaja siaran langsung program MeleTop di Studio 1, Astro Bukit Jalil semalam.
Apabila ditanya adakah dia pernah terasa setiap kali soalan mengenai anak diajukan kepadanya, Yuna memberitahu dia hanya menganggap ia sebagai doa yang baik buatnya.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu memberitahu dia belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia selagi belum berkeluarga.
“Setakat ini belum lagi, saya masih mengusahakan banyak perkara di sana (Amerika Syarikat). Memang terfikir bila dah settle down nanti nak pulang ke Malaysia, tapi belum ada perancangan.
“Mungkin jika saya dah berkeluarga (mempunyai anak) nanti saya akan berfikir lebih untuk pulang ke Malaysia,” kongsinya.
Menanti dihasilkan sepenuhnya oleh Yuna sendiri bersama penyanyi rap antarabangsa, penggubah lagu dan penerbit muzik yang berpangkalan di Berlin, Jerman, Kenny J Macartney dan diterbitkan oleh Yuna Music.
Lagu Menanti boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala audio single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024