Laman Utama

5 Tahun Menduda, Adam AF Tak Serik Berkahwin Lagi - "Ada Yang Saya Berkenan, Dia Pula Tak Mahu"

gempak
Amri Hassan
17/11/2021
08:49 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Menduda, Adam AF Tak Serik Berkahwin Lagi - "Ada Yang Saya Berkenan, Dia Pula Tak Mahu"
Penyanyi Adam AF atau kini mahu dikenali sebagai Pangiran Adam terus membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya.
Biarpun sudah lima tahun bergelar duda, Adam menyerahkan ketentuan jodoh itu di tangan Tuhan.
"Bagi saya tiada istilah serik atau trauma kerana semua itu pengalaman hidup. Kalau ada jodoh berkahwin esok, maka esok jugalah saya kahwin. Ini semuanya aturan Allah.
"Bukan saya tak nak berkeluarga, umur pun sudah 38 tahun. Cuma ada yang saya berkenan, dia pula tak mahu dan begitu juga sebaliknya. Jadi kita tunggu saja jodoh yang tepat," ujarnya kepada Gempak.
Pernah juga kata Adam hubungannya putus di tengah jalan, namun hatinya terus terbuka untuk menerima insan lain.
Untuk rekod, Adam pernah berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim pada September 2013 namun mereka bercerai pada April 2014.
Pada tahun sama, mereka kembali rujuk namun Fiza sekali lagi menuntut cerai dua tahun kemudian.
Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Adam dan Fiza bagaimanapun masih bersahabat baik hingga kini.
"Anak-anaknya pernah menjadi anak saya dahulu, sebab itulah kami tetap berkawan. Ketika dia berkahwin semula, kami lost contact sekejap sebab rasanya tak manis untuk saya terus berhubung.
"Apabila dia kembali solo, persahabatan kami terjalin semula. Macam kawan-kawan lain, bertanya khabar dan cerita masing-masing," katanya yang terlibat dalam rancangan realiti Hijrahkan Laguku.
**Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live