Gaya Hidup

5 Taman Tema Paling Seram Di Dunia

Syafiqah Jalal
23/03/2017
10:34 MYT
Mungkin ramai di antara anda yang sering berkunjung ke taman tema yang ada di Malaysia dan selalu menaiki permainan roller coster kan?
Antara taman tema yang paling popular di Malaysia dan mempunyai permainan roller coster paling menyeramkan adalah di Genting Highland. Namun tahukan anda bahawa terdapat taman tema dengan permainan roller coster yang jauh lebih menyeramkan dan mungkin membuatkan anda takut dengan hanya melihatnya.
Berikut kami senaraikan taman tema dengan permainan roller coster paling menyeramkan di dunia.
1. Insanity (Las Vagas, New York) Las Vegas bukan sahaja tempat untuk anda berseronok, percutian anda tidak akan lengkap jika tidak cuba menaiki permainan ini. Ia akan berpusing pada kelajuan maksimum dan anda disarankan untuk tidak makan dan minum sebelum menaikinya.
2. Kingda Ka (Jackson, New Jersey) Dengan hanya melihat gambar sahaja sudah membuat anda rasa gayat bukan? Bagi mereka yang sukakan cabaran, roller coster yang berkelajuan 128km/j ini mungkin antara salah satu aktiviti yang perlu anda cuba bila berkunjung di sini.
3. Expedition GeForce (Rhineland-Palatinate, German) Selain melawat ke tempat-tempat menarik yang ada disekitar German ini, anda boleh cuba untuk menaiki Expedition GeForce kerana roller coster ini dikatakan yang terbaik di negara itu.
4. The X2 (Los Angeles) Mungkin ini adalah antara roller coster yang paling seronok untuk dinaiki. Selain memberi kesan bunyi dan berpusing 360 darjah, permainan ini adalah salah satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan sekiranya berkunjung ke Six Flags Magic Mountain, Los Angeles.
5. Eejanaika (Fujiyoshida, Japun) Roller coster ini akan membuatkan anda teruja menikmati pengalaman empat dimensi yang ditawarkan. Ia juga merupakan taman tema paling popular di Jepun yang terletak di Fuji-Q Highland.
Sumber : placesyoullsee.com Teks oleh : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ahli Gusti Negara Ayez Shaukat & Phoenix Diana Dilantik Duta Produk Suplemen Halal Apple Plus 101

gempak
23/07/2024
18:41 MYT
Syarikat eCare menerusi produk Apple Plus 101 Rainbow Immune Booster baru-baru ini mengumumkan pensijilan Halal rasmi yang diperolehi.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Mi Warna Pink Tarikan Baharu Di Mie Ayam Bakso Bogor, Apa Rasanya?

gempak
15/07/2024
11:53 MYT
Bagi pencinta K-pop, inilah masanya untuk mencuba hidangan unik yang baru diperkenalkan di rangkaian perniagaan Mie Ayam Bakso Bogor di empat cawangan di Lembah Klang.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.