Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

5 Tips Bijak Membeli Pakaian Musim Sejuk Tanpa Perlu Koyak Poket

Azwa Rahman
20/08/2019 23:06 MYT
Akibat cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, pasti ramai yang memilih destinasi percutian musim sejuk setiap kali tiba hujung tahun.

Namun, keperluan untuk menghadapi cuaca sejuk sedikit ‘mahal’ jika dibandingkan dengan musim-musim lain.

Tanpa perlu poket koyak untuk berbelanja lebih, ini lima tips untuk anda membeli pakaian musim sejuk yang confirm menjimatkan!

1. Beli secara online

Pakaian musim sejuk yang dijual secara online lebih murah berbanding di kedai.

Anda juga perlu membeli lebih awal daripada tarikh perjalanan kerana lambakan pakaian musim sejuk ini sering kali diletakkan di dalam senarai ‘off season’ dengan harga menjunam.

2. Fabrik yang betul

Pemilihan fabrik juga memainkan peranan penting untuk memastikan anda sentiasa hangat menempuh salji dingin.

Dengan adanya sehelai jaket dari fabrik wool, anda tidak perlu membazir membeli banyak baju untuk dipakai secara berlapis.

3. Bundle

Percaya atau tidak, anda boleh dapatkan jaket musim sejuk di bundle dengan harga serendah RM1!

Anda perlu rajin ‘menyelam’ untuk mendapatkan jaket yang berkualiti dan masih elok untuk dipakai.

4. Berbelanja ikut keperluan

Jika anda bercuti selama seminggu, dua jaket musim sejuk sudah memadai untuk menampung aktiviti seharian anda.

Janganlah terlalu obses menetapkan prinsip ‘satu hari satu jaket baru’ kerana perbuatan itu sememangnya membazir!

Ia juga pasti membebankan muatan beg anda.

5. Jangan terlalu mengikut trend

Trend dan fesyen sentiasa bergerak pantas. Namun, anda tidak perlu sentiasa mengikuti perkembangan untuk diaplikasikan dalam pakaian harian.

Beli pakaian atau jaket yang praktikal sahaja supaya anda boleh pakai berulang kali.

Jika anda mempunyai stail tersendiri, jaket yang hambar pasti kelihatan luar biasa jika kena dengan gayanya.



Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan.

Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.

#Travel #Salji #Musim sejuk
;