5 Tips Elak Ditipu Ketika Membeli lemang
Muhammad Izzat
23/06/2017 06:30 MYT
23/06/2017 06:30 MYT
Menjelang Syawal, pasti terdapat banyak deretan gerai menjual lemang di sepanjang jalan.
Kebiasaannya kita tidak tahu gerai mana yang menjual lemang terbaik dan sedap.
Ada juga yang setelah dibeli dan apabila dibawa pulang, lemang tersebut telah basi dan tidak boleh dimakan.
Berikut kami kongsikan tips untuk anda sebelum membeli lemang menjelang Aidilfitri ini:
1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu yang banyak. Hal ini membuktikan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ. Bukan telah dimasak atau dikukus di tempat lain sebelumnya.
2. Pilih lemang saiz sederhana. Hal ini kerana lemang yang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah di bahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz terlalu kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.
3. Minta penjual untuk membelah bahagian bawah lemang. Kebiasaannya penjual hanya akan membelah bahagian atas dan ditunjukkan kepada pelanggan. Namun apabila dibawa pulang, lemang tersebut tidak masak sepenuhnya.
4. Jangan sesekali beli lemang di gerai yang membakar menggunakan kayu pallet. Ini kerana abu kayu pallet ini amat berhaya untuk kesihatan. Tahukah anda, kayu pallet telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.
5. Jika ingin menyimpan lemang untuk beberapa hari, anda dinasihatkan supaya meletakkannya secara upside-down atau terbalik. Ini kerana minyak yang berada di bahagian atas lemang akan menyebabkan ianya mudah basi.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Kredit : FB Harris Rosli