Merancang percutian hujung minggu (staycation) bersama keluarga atau teman-teman pasti menyeronokkan selepas seminggu penat bekerja kan?

Tapi nak cari villa atau homestay yang boleh muat sebuah keluarga besar atau bilangan penginap yang ramai memang boleh buat pening kepala!

Lagi pening bila ada yang ‘request’ tempat tinggal yang ada kolam renang, tapi tak mahu budget terlalu tinggi! Fuhh!

Haaa…Tak payah pening-pening sebab Gempak ada beberapa cadangan villa atau homestay yang unik dan menarik dan…dekat sahaja dengan Kuala Lumpur.

Yang penting ada kolam renang sekali! Tempat barbeque pun ada juga. Wah! Meriahlah percutian anda nanti.

1. Kainsal Guesthouse Melaka

KainSal Guesthouse Melaka terletak di Bukit Katil, kira-kira 15 minit untuk tiba ke Banda Hilir. Homestay ini menawarkan rumah yang berhawa dingin, wifi percuma di sekeliling rumah, kolam renang persendirian, halaman yang indah dan set peralatan BBQ untuk anda dan keluarga anda mengadakan aktiviti BBQ di malam hari.

Selain itu, homestay ini mempunyai 6 bilik tidur dan 7 tandas, sesuai untuk 20 tetamu dalam satu masa. Kesemua bilik mempunyai TV, tandas persendirian dan pengering rambut. Lokasi homestay ini strategik kerana ianya berada di tengah-tengah di antara Alor Gajah, A'Famosa Resort, Banda Hilir, Jonker Street dan Ayer Keroh.

2.Villa 969, Port Dickson

Villa 969 berkeluasan 12,000 kaki persegi, dilengkapi dengan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Villa ini terletak di dalam kawasan kejiranan yang berpagar dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan 24 jam demi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni terjamin sepenuhnya. Villa ini mempunyai 4 bilik tidur (katil double) dan 1 bilik tidur dengan katil Single, beserta 5 tilam tambahan dan 1 katil sofa yang selesa untuk didiami oleh 15 orang tetamu.

Ruang villa ini berpagar dengan laman hijau yang menambahkan lagi ketenangan anda sekeluarga. Selain itu, Villa 969 dilengkapi dengan 3 bilik air dan water heater, penghawa dingin, TV dan Astro, wifi, set BBQ, water dispenser, permainan outdoor dan indoor dan kelengkapan dan perkakas asas memasak.

3. Alimah Villa, Kuala Lumpur

Jikalau anda sekeluarga malas nak pergi jauh-jauh, anda boleh menempah Alimah Villa di kota urban TTDI. Sebuah rumah banglo yang boleh memuatkan sehingga 17 orang, mempunyai 5 bilik tidur dan 5 tandas, kolam renang, ruang parkir yang luas, penghawa dingin, TV dan Astro, set BBQ dan perkakasan asas memasak.

Selain dari Hari Keluarga, anda juga boleh menempah villa ini untuk majlis akad nikah atau perkahwinan anda kerana lokasinya sangat strategik - berhampiran dengan Damansara, Kg Sg Penchala, Mont Kiara, Hartamas, dan Petaling Jaya.

4. D'Faro 812 Villa, Melaka

Jika anda merancang percutian hujung minggu di Melaka dengan ahli keluarga atau teman yang ramai, bolehlah cuba villa yang terletak di Alor Gajah Melaka, ini.

Menariknya villa ini ialah lokasinya yang berdekatan dengan pusat peranginan A’Famosa Resort yang mungkin akan menjadikan percutian anda lebih ‘happening’.

Sambil-sambil tu boleh ke Animal World Safari, Cowboy Town, Water World dan padang golf 27 lubang! Eh! Kalau nak membeli belah pun boleh sebab gedung bebas cukai A'Famosa Outlet juga berhampiran.

Villa ini boleh memuatkan sehingga 12 orang tetamu dan dilengkapi dengan empat bilik tidur, dua bilik mandi, kolam renang, tempat barbeque, dapur dan tempat memasak serta kemudahan asas lain seperti televisyen dan lain-lain.

5. ELshape Holiday Home , Masjid Tanah, Melaka

Tak rugi jika berkungjung ke villa ini kerana ia boleh memuatkan sehingga 30 orang tetamu dalam satu-satu masa. Rumah berhawa dingin yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur, kolam Renang, mini Gimnasium (bersebelahan dengan kolam renang), tempat letak kereta, dapur dan peralatan yang lengkap untuk yang gemar memasak. (termasuk microwave), ruang rehat yang luas di dalam dan di luar rumah, tempat pemanggang BBQ dan meja banquet.

Anda tidak akan bosan kerana di sini mempunyai perkhidmatan Wifi dan Astro serta talian telefon mudah alih yang jelas dari semua rangkaian. Anda juga akan diberikan pembantu jika perlu dan ada permainan ‘indoor games’ – Karom, Dam Papan, Catur, Congkak dan Tarik Tali.

Villa ini juga sesuai dianjurkan hari keluarga, sambutan hari lahir, majlis pertunangan, lokasi penggambaran drama atau filem, photoshoot dan lain-lain majlis persendirian.

Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.