Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“50 Peratus Persiapan Sudah Dilakukan” - Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle

Gempak 20/03/2023 | 01:45 MYT

Pelakon Mimi Lana akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang juga aktor, Syafiq Kyle.

Biarpun merasa sedikit berdebar, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata dia memohon orang ramai untuk terus mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

"Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup.

"Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi. Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.

"Berkenaan hal-hal lain, tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya. Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama.

"Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin)," katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Mimi berkata segala perancangan menuju hari bahagia sudah hampir 50 peratus siap dan semuanya berjalan lancar.

"Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya sama seperti pasangan lain. Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses itu makin mudah. Semuanya mengikut apa yang dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

"Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan" tambahnya lagi.

Sumber- Harian Metro

#Kahwin #Syafiq Kyle #Mimi Lana #Wedding
;