Laman Utama

500,000 Rakyat Malaysia Alami Kemurungan, Paling Ramai Adalah Di Kawasan...

gempak
Hanafis Haris
21/09/2020
11:44 MYT
Sponsor Banner
500,000 Rakyat Malaysia Alami Kemurungan, Paling Ramai Adalah Di Kawasan...

Bimbang sekiranya berlaku masalah kemurungan, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan Tekanan, Kebimbangan Melampau dan Kemurungan (DASS) terhadap petugas barisan hadapan yang terlibat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Menerusi laporan Astro Awani, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ujian tersebut bertujuan untuk mengetahui tahap tekanan serta kebimbangan mereka.

"DASS mempunyai 22 soalan perlu dijawab bagi mengetahui tahap kemurungan.

“Mereka yang mempunyai kemurungan serius akan dirujuk kepada pakar-pakar perubatan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, tinjauan Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan 2019 mendapati 2.3 peratus atau 500,000 rakyat negara ini mengalami kemurungan dengan Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi iaitu 5.4 peratus.

Sehubungan itu, Noor Azmi berkata KKM meminta rakyat yang menghadapi kemurungan supaya mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di semua negeri.

Beliau berkata kerajaan juga giat menambah pakar psikiatri dan psikososial dalam merawat masalah kemurungan lebih-lebih lagi dengan penularan COVID-19 yang memberi kesan negatif kepada rakyat seperti kehilangan pekerjaaan, pendapatan, perselisihan dalam keluarga dan penderaan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live