Laman Utama
5,071 Kes Positif Covid-19 Hari Ini
Sejumlah 5,071 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik itu melanda sebanyak 2,481,339 kes.
Ia mencatatkan peningkatan berbanding semalam (Ahad) dengan sejumlah 4,626 kes direkodkan.
Selain itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kematian berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam adalah sebanyak 63 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 28,975.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 28,975 kes.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 18 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Must-Watch Video