Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

55 Kali Tak Pernah Gagal Buat Surprise Untuk Isteri, Netizen Mahu Cari Lelaki Macam Hafiz Mahamad - “Ada Jual Kat TikTok?”

Izwan Isa
18/06/2023 23:50 MYT
Apabila tibanya hari jadi sang isteri, pempengaruh, Hafiz Mahamad pasti mengusahakan sesuatu agar hari yang paling ditunggu saban tahun oleh kebanyakan orang itu diingati sampai bila-bila.

Sehinggakan, ramai dalam kalangan netizen yang turut sama tidak sabar menantikan apakah surprise yang akan dilakukan oleh Hafiz buat belahan jiwanya, Syafiqah Aina.

Menerusi kemas kini terkini di Instagram, Hafiz berkongsi sepotong video yang memaparkan Aina sedang mengalirkan air mata, sambil mengenakan sepasang telekung berona hitam.

BACA: [VIDEO] “Saya Nakal Dulu, Izinkan Saya…” - Kenang Jasa, Hafiz Mahamad Buat Kejutan! Hadiahkan Cikgu Tiket Umrah

“Dia masih tak stop nangis lagi, Masya-Allah. Dari surprise dia tengahari tadi, now dah sampai hotel dia masih tak stop nangis. Masya-Allah. Saya tanya, sayang happy?

Sebab tak ada apa yang mewah untuk abang hadiahkan, yang ada hanya ‘makna cinta’.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


“Aina cakap, dia happy sangat dan ini surprise paling bermakna. Syukur, saya masih pegang 55 kali record tanpa gagal untuk buat dia happy pada hari surprise dan birthday dia. Alhamdulillah.

“Jika ada manfaat, esok saya share apa yg saya usahakan untuk dia,” tulis Hafiz.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa tersentuh melihat Hafiz yang tidak pernah gagal membuatkan isterinya gembira.

BACA: Derma RM100,000 Untuk Baby Naail, Netizen Puji Hafiz Mahamad - "Kenapa Orang Islam Perlu Kaya? Ini Sebabnya..."

“Watak dalam diri kau ni bro Hafiz, macam dalam novel, romantik gila kentang. Kalau aku perempuan pun aku nangis dapat lelaki macam kau.”

“Mana nak cari lelaki macam ni ya? Ada jual kat Lazada or TikTok tak?”

Di sebalik pujian yang ditinggalkan, ada juga berpendapat Hafiz dan Aina bakal mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

#Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina #Surprise
;