Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“5th Members Of BLACKPINK, She Totally Nailed It,”- Netizen Tak Sangka Neelofa Pandai Menari

Mya Amri
22/04/2019 07:35 MYT
Pelakon dan pengacara, Neelofa menarik perhatian ramai apabila muncul dengan mempersembahkan tarian lagu Kill This Love oleh kumpulan K-Pop popular, BLACKPINK di pentas Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlangsung semalam.

Tampil dengan busana serba hitam, aksi bertenaga yang dipamerkan Neelofa ketika menari pada bahagian korus lagu tersebut ternyata menjadi perbualan hangat di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rata-rata netizen menyatakan rasa kagum melihat kebolehan menari dan keberanian Neelofa memberikan kelainan untuk AME2019 tahun ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mereka juga memuji Neelofa kerana menampilkan sesuatu yang luar biasa dan di luar jangkaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain itu, tarian Neelofa juga turut mendapat pujian daripada peminat tegar BLACKPINK, Blink.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, AME2019 yang bertemakan 'Yang Legit Yang Legend' itu berlangsung dengan meriah bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.

Acara gilang gemilang itu dihoskan oleh tiga pengacara kegemaran ramai iaitu Neelofa, Nabil dan Jihan Muse.

Pada malam tersebut juga, penyanyi, Khai Bahar dan Siti Nordiana berjaya merangkul trofi Artis Top Meletop 2019 dan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000.
#Neelofa #Blackpink #AME2019