Laman Utama
6 Anak FELDA Yang Cemerlang Dalam Kerjaya Seni & Sukan
Usaha itu tangga kejayaan, tidak kira latar belakang mahupun asal keturunan, jika ada keinginan, pasti cita-cita dapat dicapai.
Begitu juga individu ternama yang berasal dari FELDA. Sungguhpun membesar di kawasan yang mungkin jauh daripada bandar besar, namun, dengan adanya kesungguhan pasti akan berjaya.
Berikut merupakan barisan selebriti dan individu ternama yang membesar di FELDA:
Siti Nordiana (FELDA Sendayan)
Memulakan kerjaya nyanyian pada usia 15 tahun, Siti Nordiana merupakan antara individu ternama yang dibesarkan di FELDA Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Mula dikenali dengan single berjudul Cinta Hanya Sandaran, nama Siti Nordiana kembali menyinar selepas menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim kedua dan All Stars Gegar Vaganza.Mawi (FELDA Taib Andak)
Penyanyi, pelakon dan penyampai radio, Mawi merupakan antara individu popular yang turut membesar dalam suasana FELDA. Mula dikenali selepas menjuarai Akademi Fantasia 3, Mawi yang pernah dibesarkan di FELDA Taib Andak, Kulai, Johor merupakan antara figura yang berjaya mengukir nama di persada seni hiburan, termasuk bergelar penyampai radio Zayyan.Azmi Caliph Busker (FELDA Tenggaroh)
Figura istimewa ini mula dikenali selepas tampil membuat persembahan di sebuah acara muzik suatu ketika dahulu. Dibesarkan di FELDA Tenggaroh, Mersing, Johor, Azmi Caliph Busker kini dikenali sebagai salah seorang anak seni berbakat besar.Que Haidar (FELDA Taib Andak)
Seperti Mawi, Que Haidar turut berasal dari FELDA Taib Andak. Mula mengorak langkah dalam bidang lakonan selepas membintangi drama Toll Gate Girl, nama Que Haidar dalam bidang seni terus mekar sehingga ke hari ini.Shafiq Sharif dan 6 Jahanam (FELDA Gemencheh)
Siapa sangka, anak FELDA Gemencheh yang tidak tahu apa-apa tentang sukan kriket berjaya bergelar atlet kebangsaan apabila seorang guru bersungguh-sungguh membimbing mereka untuk bergelar pemain kriket terbaik.Shafiq Sharif dan rakan-rakannya yang berasal dari FELDA Gemencheh merupakan antara contoh terbaik lain yang membuktikan, membesar di FELDA bukanlah satu alasan untuk tidak menempa kejayaan.
Kisah Shafiq dan rakan-rakan kini diangkat ke layar lebar menerusi filem Gemencheh Boys dan menceritakan kisah dirinya yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.
Gemencheh Boys dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’. Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.
Diarahkan oleh Jason Chong dan Eric Ong, Gemencheh Boys dibintingai oleh Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.
Turut membintangi filem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.
Membabitkan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober ini.
DAPATKAN TIKET GEMENCHEH BOYS DI SINI
Must-Watch Video