Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

Gempak
23/07/2024 04:47 MYT
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memberitahu dengan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Keputusan itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sumber: ASTRO AWANI
#UPNM #Zulfarhan #Penuntut UPNM #Tali Gantung