Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

6 Bulan Jalani Penggambaran ‘Dia Imamku’, Kamal Adli Nak Tebus ‘Hutang’ Masa Bersama Keluarga - “Saya Banyak Terlepas…”

Asyikin Mayudin 23/02/2025 | 05:55 MYT
Pelakon Kamal Adli mengakui dia sangat senang memegang watak sebagai Amiruddin dalam drama siri terbaharu di Astro Ria berjudul Dia Imamku.

Watak Amiruddin

Menurut Kamal, dia mahu menyimpan watak tersebut dalam memorinya memandangkan karakter Amiruddin itu seorang yang baik serta sentiasa bertenang.

“Dah enam bulan saya bawa watak ini, sudah tentu saya dah pegang watak itu. Bagusnya, saya tak perlu buang watak ini sebab watak ini sangat baik untuk saya simpan dan letak dalam memori saya.

“Saya kena jadi macam Amir ini, seorang yang chill dan relax,” katanya.

Terlepas peluang

Menjalani penggambaran drama itu selama enam bulan, Kamal memberitahu dia banyak terlepas peluang untuk meluangkan masa bersama isteri dan anaknya.

“Sebab saya shooting selama enam bulan itu la, saya banyak terlepas peluang bersama anak dan isteri. Sebab saya balik waktu dah lewat malam, isteri dan anak pun dah tidur.

“Sepanjang enam bulan itu, saya memang tak sempat nak luangkan masa bersama keluarga. Jadi inilah masa untuk saya luangkan masa dengan mereka semula,” katanya.

Tugas jaga

Biarpun penat namun suami kepada aktres Uqasha Senrose ini akan mengambil tugas menjaga anak mereka, Hawra Uqaira sebaik sahaja balik dari penggambaraan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Mahkamah, Bagi Bukti Mahkamah Mana Saya Pergi” - Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN: "Mahkamah Syariah Pun Saya Tak Tahu" – Kamal Adli Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak & Fail Cerai

“Demi Allah memang agak penat, sebab contoh saya akan habis pukul 12 malam. Bila balik, saya akan minta isteri berehat dan saya pula ambil tugas jaga baby.

“Walaupun penat tapi saya nak juga ada momen dengan anak dan saya pun tahu isteri penat. Sebab itu saya akan ambil tugas selepas habis kerja.

“Saya kena seimbangkan masa… sebab saya takut nanti saya kenangan saya bersama anak waktu dia kecil. Jadi, saya memang korban waktu penat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Hawra Uqaira.

#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Hawra Uqaira #Dia Imamku