Viral
6 Perkara Tentang Akak Mineral Water Shell
Memang bikin terkejut! Rata-rata pengguna stesen minyak Shell seluruh Malaysia pernah meluahkan rasa tidak senang dengan penggunaan poster seorang gadis menghulurkan air minuman di sebelah pam minyak.
Sehinggalah Shell mengambil keputusan untuk mengeluarkan gambar gadis tersebut dan meninggalkan bayangan bertindih sahaja.
Namun, siapakah sebenarnya gadis Shell ini yang saban hari menjadi buah mulut orang ramai?
Astro Gempak senaraikan enam perkara menarik tentang, Nor Shafila atau lebih mesra disapa Ila, Akak Mineral Water Shell.
1) Mula viral
Daripada nama Ila sekarang gadis itu lebih dikenali dengan panggilan Akak Mineral Water gara-gara poster wajahnya yang terpampang di pam minyak seluruh negara.
Selepas gambarnya mula tular, ramai kenalan mula menghebahkan tentang dirinya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
2) "Minta maaf kalau terkejut"
Perkara pertama yang dilakukan apabila ada individu yang tidak dikenali menyapanya di media sosial, Ila akan bertanya sama ada individu itu terkejut dengan poster gambarnya.
"Apabila orang menghantar mesej, ayat pertama saya adalah 'minta maaf kalau terkejut'.
"Saya takut orang mahu maki hamun saya," katanya.
3) Anak perempuan tunggal
Ila mempunyai lima orang adik beradik dan kesemua adiknya adalah lelaki. Dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.
"5 tahun lepas ayah saya meninggal dunia dan saya tinggal bersama ibu saya," ceritanya.
4) Sudah berkahwin!
Oh ya! Ila sudah pun mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya. Barangkali ada yang berputih mata?
5) 4 Tahun Jadi Penyelia
Selepas kematian bapanya, Ila mengambil keputusan untuk bekerja sebagai jurupam di sebuah stesen minyak di Tronoh, Perak.
Dalam tempoh empat tahun, gadis itu dinaikkan pangkat untuk menjadi penyelia hingga sekarang.
6) Mahu Ada Stesen Minyak Sendiri
Ila sentiasa memovitasikan dirinya untuk memiliki stesen minyak sendiri selepas ini.
"Bos saya sentiasa menasihati saya, katanya kalau saya bagus dan rajin bekerja tidak mustahil untuk memiliki stesen minyak sendiri.
"Saya mahu impian itu menjadi kenyataan!" kongsi Ila.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Shell
Must-Watch Video