Hollywood

6 Sebab Kenapa Kate Middleton Ulang Pakaian Sama Untuk Anak-Anaknya

gempak
Syafiqah Jalal
03/04/2017
08:41 MYT
Sponsor Banner
6 Sebab Kenapa Kate Middleton Ulang Pakaian Sama Untuk Anak-Anaknya
Bersederhana! Itu kata kunci yang melambangkan The Dutchess of Cambridge, Kate Middleton.
Kenapa kami berkata begitu? Pertamanya sebagai individu yang gemar bergaya dan berkemampuan, Kate sentiasa memastikan busana yang dipakainya ringkas.
Sebab keduanya dia sering mengulang pakai busananya dan tradisi itu dipraktikkan terhadap anak-anaknya, Prince George dan Princess Charlotte.
Kami kongsikan 6 sebab kenapa Kate Middleton jarang membelikan pakaian baharu untuk anak-anaknya.
1) Mahu tunjukkan kepada dunia bahawa keluarga diraja juga seperti orang kebanyakan.
Walau dalam potret rasmi keluarga, Kate tidak segan untuk memakaikan anak-anaknya dengan pakaian sama yang masih elok dan sesuai dipadan pakai.
Berbeza dengan anak-anak selebriti Hollywood yang sentiasa bertukar pereka fesyen demi menggayakan anak masing-masing dengan pakaian mewah dan mahal.
Buktinya, ketika sesi penggambaran di Kensington Palace bulan Oktober tahun lalu, Charlotte cuma menyarung dres flora daripada jenama M&H berharga £21 (RM99).
2) Mengehadkan perhatian media
Siapa mahu diekori paparazi? Itu perasaan Kate yang enggan dirinya atau anak-anaknya menjadi mangsa jurugambar dan media siang atau malam.
Kate berharap dengan mengehadkan penggantian pakaian anak-anaknya akan turut mengurangkan pendedahan kepada media.
3) Kate mahu mengimbau memori masa silam
Dia berharap dengan memakaikan anak-anaknya dengan pakaian diraja seperti zaman dahulu, Kate dapat mencari jalinan masa dan hubungkait dengan sejarah keluarga mereka.
Pernah sekali ketika upacara pembaptisan Charlotte, Kate telah memakaikan George dengan pakaian seakan sama dengan Putera William sekitar 30 tahun lalu.
4) Elak tabiat kaki shopping.
Kate jarang menggembar-gemburkan jenama atau nama pereka fesyen tertentu yang dipakai oleh anak-anaknya.
Walaupun cuba mengelak, anak-anaknya tetap menjadi ikon gaya kerana pakaian yang dipakai oleh Charlotte dan George mesti akan senang terjual.
Contohnya pakaian pembaptisan berwarna merah putih yang dipakai George yang telah terjual semuanya dalam tempoh 24 jam.
Menurut Rakuten Marketing, George dan Charlotte merupakan kanak-kanak kedua dan keempat paling berpengaruh dalam industri fesyen!
5) Memastikan anak-anaknya kelihatan ringkas dan klasik
Kate mahu lari daripada trend atau gimik keterlaluan kerana mahu anak-anaknya menjadi individu biasa dan bukannya trendsetter. Bukan bermakna Kate seorang yang kolot!
Dia masih mempunyai citarasa cuma lebih cenderung untuk anak-anaknya menyarung pakaian tradisional masyarakat di Britain.
Secara tidak langsung, Kate membantu ekonomi peniaga-peniaga kecil di negara tersebut.
6) Kate sentiasa bereksperimen
Editor fesyen terkenal, Emma Smith menyatakan Kate sering mengulangi pakaian anak-anaknya seperti satu uniform.
Apabila pilihan menjadi terbatas, Kate akan berdepan cabaran untuk mengelakkan gaya George atau Charlotte menjadi bosan dan tidak berkembang.
Menjadi satu cabaran juga untuk mengekalkan gaya tradisional keluarga diraja Britain dalam era moden dan berdepan pelbagai pilihan di pasaran.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Dailymail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024