Ada masanya foto ‘selfie’ anda cantik lain macam. Tetapi pada kebanyakan waktu, foto ‘selfie’ anda hanya memperlihatkan wajah anda yang kelam, pipi anda yang tembam dan paras yang suram. Alamak!
Mengapa ini terjadi? Apatah lagi Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang. Dengan solekan, helaian hijab dan persalinan baju raya serba baru, kami yakin anda tentu mahu kelihatan cantik, tidak kiralah untuk foto ‘selfie’ mahupun ‘wefie’. Ayuh ikuti panduan penting ini. Pasti ada sesuatu yang boleh anda pelajari. Selamat mencuba!
TIPS 1: GUNAKAN PENCAHAYAAN SEMULA JADI DEKAT DENGAN TINGKAP
Peraturan pertama dalam seni ‘selfie’ adalah memberikan perhatian yang paling utama pada aspek pencahayaan. Ya, untuk memperolehi ‘selfie’ yang cantik, anda perlukan pencahayaan yang bagus. Dan pencahayaan yang bagus datangnya daripada cahaya semula jadi, iaitu cahaya matahari.
Ini boleh dianggap sebagai satu formula yang paling penting kerana banyak blogger bersetuju bahawa cahaya matahari adalah ‘beauty product’ terbaik, justeru ia percuma dan anda tidak perlu berbelanja apa-apa untuk mendapatkannya.
Maka untuk memperolehi sumber cahaya asli, anda disaran agar berfoto dekat dengan tingkap yang memberi laluan pada cahaya matahari. Lebih indah dan nostalgik jika anda memanfaatkan foto ‘selfie’ anda dekat tingkap rumah-rumah Melayu tradisional sewaktu anda berhari raya di kampung halaman. Bukan sahaja nampak ‘mahal’ dan ‘rare’. Foto ‘selfie’ anda itu pasti kelihatan klasik.
TIPS 2: BERCANDA DENGAN CAHAYA MATAHARI DI LUAR RUMAH
Satu lagi cara lain, anda boleh keluar dari rumah dan berdiri di bawah simbahan cahaya matahari. Tapi awas! Bukan matahari yang panas terik, okey?
Cahaya matahari sebelum jam 8.00 pagi boleh memberikan efek cahaya keemasan yang amat lembut dan cantik untuk foto ‘selfie’ hari raya anda. Sinarnya juga tidak terlalu garang. Jika cahaya matahari pagi ini jatuh mengenai kulit wajah anda, ia akan membiaskan cahaya yang keemasan, menjadikan kulit anda berkilau-kilau keemasan dan terlihat lebih berseri berbanding biasa.
Jika anda bercadang mahu memanfaatkan cahaya matahari petang pula, anda digalakkan agar merakam foto ‘selfie’ selepas jam 6.00 petang. Ini adalah tempoh di mana cahaya matahari terbenam (sunset) berserakan pada garis horizon langit lalu menjelmakan efek yang sangat mengasyikkan pada wajah anda.
Bukan itu sahaja, pencahayaan matahari secara semula jadi juga boleh menghilangkan kesan lingkaran gelap (dark circle) pada kantung mata anda. Hasilnya, mata anda pasti terlihat lebih segar dan bersinar-sinar dalam foto ‘selfie’.
TIPS 3: RAHSIA SEKEPING KERTAS PUTIH
Ini satu lagi rahsia untuk memperolehi foto ‘selfie’ raya yang cantik. Tahukah anda, banyak blogger kecantikan menggunakan sekeping kertas atau kad putih yang besar dan meletakkannya pada bawah dagu semasa ber’selfie’?
Apakah rahsianya? Ya, apabila anda memetik punat telefon bimbit anda untuk merakam foto ‘selfie’, cahaya ‘flash’ yang terhasil daripada telefon bimbit akan terpantul pada kertas atau kad putih tadi. Lalu, cahaya putih itu akan memberikan satu pantulan cahaya yang boleh mencerahkan lagi kompleksi wajah anda, menjadikan wajah anda kelihatan ‘glowing’, wow!
Bukan itu sahaja, teknik kertas putih ini juga boleh mengurangkan efek dagu berlapis pada foto ‘selfie’ raya anda nanti. Cool bukan?
TIPS 4: RAJIN GUNAKAN APLIKASI UNTUK MENGEDIT FOTO
Banyak pakar ‘selfie’ mengakui, ada masanya mereka memang memerlukan bantuan suntingan daripada aplikasi foto tertentu untuk mencantikkan lagi foto ‘selfie’ mereka.
Salah satu aplikasi foto yang paling popular di Instagram adalah ‘filter’ Valencia. Ia menghasilkan foto dengan efek ‘dreamy’ yang amat lembut lagi mengasyikkan. Malah, tidak salah jika dikatakan ia mampu merubah wajah yang kurang cantik menjadi sangat menarik dan berseri-seri!
Apabila menggunakan aplikasi foto, anda mungkin boleh peruntukkan waktu barang 2-3 minit untuk melakukan sedikit kerja-kerja ‘air-brushing’ dan mencerahkan lagi foto tersebut.
Selain ‘filter’ Valencia, ada juga blogger yang menggunakan Facetune yang boleh menyamarkan bentuk wajah yang tidak disukai dan menyerlahkn pula bahagian wajah yang ingin ditonjolkan.
Bukan itu sahaja, ada juga blogger yang memilih Perfect365 and Adobe Photoshop Fix untuk menyunting foto ‘selfie’ mereka. Dengan bantuan photo editor ini, anda boleh memancungkan hidung yang bulat atau pesek, memutihkan warna gigi yang agak kekuningan, malah meniruskan bentuk dagu yang kembang atau lebar. Hebat bukan?
TIPS 5: BUAT SENAMAN MUKA SUPAYA WAJAH AWET MUDA
Tahukah anda, bukan sahaja badan perlukan senaman? Muka anda itu juga wajar dirangsang untuk ‘bersenam’ kerana itulah kunci kepada kulit wajah yang segar, berseri-seri dan kurang kedutan. Jom kita cuba kaedah ini:
Mengurangkan Efek Mata Sembap
Langkah 1: Tekankan kedua-dua jari hantu (jari tengah) pada penjuru dalam kening. Kemudian, dengan menggunakan jari telunjuk, tekan pula bahagian penjuru luar kening.
Langkah 2: Dongakkan muka anda dengan memandang siling. Buka mata dengan gerakan seakan-akan anda menolak kelopak mata ke atas.
Langkah 3: Ulangi gerakan ini sebanyak 6 kali dan akhiri ia dengan cara memejamkan mata rapat-rapat selama 10 saat.
TIPS 6: DAN INI TIPS PALING PENTING SUPAYA FOTO ‘SELFIE’ CANTIK DAN ‘GLOWING’
Walau apa jua teknik, taktik dan aplikasi edit paling canggih yang boleh anda gunakan untuk mengindahkan lagi hasil akhir foto ‘selfie’ anda, kata kuncinya tetap terletak pada diri anda sendiri – iaitu keyakinan, serta kulit yang cantik, sihat dan berseri-seri dari dalam!
Tidak sukar sebenarnya untuk memperolehi kulit yang sihat, lembut, gebu, jernih dan ‘glowing’. Ya, untuk mendapatkan kulit yang sihat, segar dan berseri dari dalam, anda digalakkan agar mengambil satu tablet Flavettes Effervescent Glow setiap hari.
Apakah khasiat? Dengan formulasi 3-dalam-1 yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan Vitamin E, ia khasiat tambahan yang sempurna untuk anda. Caranya? Anda hanya perlu larutkan ke dalam segelas air pada suhu bilik. Ia boleh dinikmati pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada. Jadikan ia satu amalan mulai hari ini juga, supaya foto ‘selfie’ anda membuahkan hasil yang anda impikan!
Bukan itu sahaja, anda disaran agar mengamalkan pengambilan Flavettes Effervescent Glow secara konsisten.
Mengapa? Tahukah anda, Flavettes Effervescent Glow mengandungi dos Vitamin C yang tinggi dengan tambahan Glutathione dan Vitamin E? Ia merupakan agen antioksida yang amat efisien. Ia mampu menentang tindakan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar seperti asap kenderaan dan asap rokok, juga sinar UV daripada selaran cahaya matahari. Semua ini boleh mengakibatkan kerosakan sel yang membawa kepada masalah penuaan kulit sebelum waktu. Vitamin E sememangnya penting untuk membaiki sel-sel kulit manakala ramuan Glutathione yang terkandung pula menolong mencerahkan kulit dari dalam.
Jadi ayuh, mulakan rutin harian anda bersama Flavettes Effervescent Glow, barulah kulit sihat dan berseri-seri. Foto ‘selfie’ raya cantik menawan hati!
Kredit foto: Bernama, DailyMail, Google, Mobile 88
Kamaruddin Razal
Tue Jun 05 2018
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.