6 Selebriti Wakili The Decades Collection Hush Puppies

Amri Hassan
Mei 18, 2018 05:01 MYT
Meraikan ulang tahun ke-60 Hush Puppies, enam selebriti dipilih untuk menyarung sepatu mewakili setiap era.
Sepanjang 60 tahun, Hush Puppies tampil dengan rekaan seperti Chukka, Walla, Oxfords, Derby, Sneaker dan Sandal.
Hush Puppies 60th Anniversary Thru The Decades melancarkan koleksi edisi terhad yang mengetengahkan 6 rekaan baru dan memperkenalkan The Icon58 - Shiba Brogue Oxford, the Hush Puppies of Today.
Hush Puppies Icon58 Collection bersesuaian dengan gaya kasual terkini, praktikal dan selesa digayakan.
Koleksi ini digayakan oleh ikon fesyen Andre Amir.
Koleksi terhad ini hanya boleh didapati di butik Hush Puppies terpilih iaitu di 1 Utama, Pavilion, City Square dan Gurney Paragon.
Manakala, koleksi Hush Puppies - Decades Collection pula digayakan oleh enam selebriti mengikut era iaitu Peter Davis (Bernard 58 Oxford), Nazim Othman (Bernard 60s Oxford), Mas Khan (Bernard 70s Slip On), Arja Lee (Bernard 80s Oxford), Ebeden Mung (Bernard 90s Chukka) dan Lucas Lau (Bernard 2000 Slip On).
Dijual dengan harga RM699, jom ikuti pengembaraan dari tahun 1958 hingga 2018 yang mana setiap rekaan kasut disuntik semangat kegembiraan dan kebebasan gaya kasual Hush Puppies.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @hushpuppiesmsia
#Nazim Othman #Arja Lee #Hush Puppies #Kasut