Penyanyi Aril Pilus meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus.

Aril berkongsi luahan isi hatinya menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam dengan memuat naik foto yang merakamkan dirinya sedang termenung di pusara arwah abangnya.

“Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptaNya, Al-Fatihah #KhairilIzwanPilus semoga tenang kau disisi orang-orang yang beriman.


“6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belom selesai lagi. Anak buah kau dah besar dah 2 tahun lebih umur #TunAdrielMikael lasak mcm aku wan!!

“Patut la kau selalu pedajal aku masa kecik2! #Fans kau semua rindu kau, dan masa aku shooting dengan Datuk @aliffsyukriterlajaklaris dia cakap dia peminat kau, dia suka lagu #KembaliSenyum.

“Anyway, nanti kita jumpe ya #IzwanPilus nama kau sentiasa dalam doa setiap kali lepas aku solat. Moga dipermudahkan segala urusan di alam kubur, Insha Allah. Amin,”
tulisnya.

Setiap yang hidup pasti akan menemui penciptaNya, Al-Fatihah #KhairilIzwanPilus semoga tenang kau di sisi orang2 yang beriman, 6 tahun dah berlalu, tunggu aku ye wan, tanggungjawab aku kat muka bumi ni belom selesai lg ?, anak buah kau da besar dah 2thn lebay umur #TunAdrielMikael lasak mcm aku wan!! ? patut la kau selalu pedajal aku masa kecik2! ? #Fans kau semua rindu kau, and masa aku shooting dgn dato @aliffsyukriterlajaklaris dia cakap dia peminat kau, dia suke lagu #KembaliSenyum ? anyway, nanti kita jumpe ye #IzwanPilus nama kau sentiasa dalam doa setiap kali lepas aku solat. Moga di permudahkan segala urusan di alam kubur, insyaallah..amin P/s : gambar arkib raya tahun lepas ?

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on

Kapsyen Aril itu mengundang sebak pengikut IGnya dan mereka mendoakan agar arwah Izwan Pilus ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

“Al-Fatihah buat arwah. Arwah benar-benar brbakat jugak sama macam abang. Kalau arwah masih ada dia pasti tentu akan bangga dengan abang tentang impian yang abang dah kecapi selama ni & jadi pewaris legasi dia #TributeToIzwanPilus,” -@msr_azamsyahrul961

“Al-Fatihah...Sedihnya. Saya peminat setia Arwah Izwan Pilus dari dulu lagi. Kadang-kadang nyanyi lagu die pun terasa sedih. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin,” - @ fatihin_al_khair


Allahyarham Izwan Pilus menghambuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah.

Foto: Instagram @arilpilus

Teks oleh: Mya Amri